Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas-(L-1).


Setelah kita mengetahui apa itu asas kepada amalan keselamatan, adalah tidak lengkap sekiranya kita tidak



menguasai asas pertolongan cemas. Pertolongan cemas adalah langkah untuk menyelamatkan diri ataupun rakan sekerja sebelum menunggu ketibaan ambulan mahupun pegawai keselamatan. Disini cikgu pipefitter akan terangkan  apa itu kepentinganpertolongan cemas.






1. PENGENALAN
1.1. Definisi
Pertolongan Cemas ditarifkan/di ertikan sebagai Bantuan Permulaan/Bantu Mula/ Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan objek sekelilingan sebelum Ketibaan Ambulans, Doktor atau Pakar Perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

1.2. KAEDAH PERTOLONGAN KECEMASAN

1.2.1  Menghentikan Pendarahan
· Mengenal pasti bahagian yang luka.
· Rehat dan tenangkan pesakit dengan menyuruh dia duduk atau baring.
· Menekan terus bahagian luka dengan kain atau lampin yang bersih.Gunakan kain tambahan jika kain yang  pertama berlumuran darah.
· Angkat bahagian luka itu ke atas,iaitu melebihi paras jantung.
· Berikan tekanan kepada bahagian yang luka tersebut dengan memicit bahagian luka kiri dan kanan supaya pendarahan berhenti.
· Setelah pendarahan berhenti sapu antiseptik (Dettol) untuk menghalang kuman dari memasuki bahagian yang luka.
· Balutkan bahagian yang luka dengan kapas atau kain yang bersih.
1.2.2.  Memulihkan Mangsa Renjatan Elektrik
2.1.3. Diantara tanda tanda terkena kejutan elektrik ialah :-
· Kulit kelihatan pucat dan kebiruan
· Denyutan nadi lemah
· Kulit terasa sejuk dan berpeluh
· Pernafasan pantas, singkat dan tidak tetap
· Mangsa mengadu kehausan dan terasa hendak muntah
· Mangsa hilang ingatan
· Anak mata terbuka luas seperti ke bawah
2.1.4.  Bantuan segera hendaklah di beri :-
· Hentikan bekalan letrik,jika suiz tidak dapat ditutup alihkan mangsa supaya tidak menyentuh arus yang mengalir.
· Gunakan bahan penebat untuk menyentuh mangsa .
· Jauhkan dari bahan yang basah dan bahan pengalir dari kawasan terlibat .
· Berikan rawatan sekadar yang termampu dan dapatkan rawatan doktor seberapa segera.

Memulihkan Mangsa Penafasan
1.1. 
2.1.5. Langkah-langkah Pemulihan :-

















                    Gambarajah: Proses Memulihkan Mangsa Penafasan

Telentangkan mangsa tersebut dan buka mulutnya dan keluarkan sebarang makanan atau halangan.(Lihat gambarajah 2-3-1 :

 Langkah 1)

· Gerakan kepala si mangsa ke belakang seberapa yang dapat dengan merenggangkan lehernya supaya dagunya ke atas.(Lihat gambarajah 2-3-1 : Langkah 2)
· Buka rahang nya ,picit hidung dan sedutlah nafas yang panjang. (Lihat gambarajah 2-3-1 : Langkah 2)

· Letakkan mulut anda ke atas mulutnya dan hembuskan udara de dalam paru – paru sehingga dadanya terangat. (Lihat gambarajah 2-3-1 : Langkah 2)
· Angkat mulut anda dan perhatikan dadanya 10 hingga 12 nafas seminit.(Lihat gambarajah 2-3-1 : Langkah 2)

· Periksa nadi mangsa pada lehernya (Lihat gambarajah 2-3-1 : Langkah 3) jika tiada denyutan nadi tekan bahagian tengah dada dengan telapak tangan sekurang-kurangnya 5 kali dalam masa 2 minit (Lihat gambarajah 2-3-1 : Langkah 4 & 5)


3. Merawat Kecederaan Mata
3.1. Langkah-langkah rawatan :-
· Jangan mengosok mata dengan mengunakan tangan atau baju.
· Cuci bahagian mata dengan mengunakan air yang bersih.
· Jika terasa sakit lagi, sila dapatkan rawatan doktor dengan kadar yang segera.
3.2. Merawat Luka Melecur
3.3. Langkah-langkah rawatan :-
· Alirkan bahagian yang melecur dengan air yang sejuk dan bersih.
· Balutkan bahagian yang melecur dengan kain yang bersih.
· Jangan mengosok bahagian yang melecur dengan sebarang minyak
· Dapatkan rawatan lanjutan di klinik dengan segera

PETI PERTOLONGAN KECEMASAN

Setiap bengkel mestilah dilengkapkan dengan peti pertolongan cemas dan peti tersebut haruslah diletak di tempat yang sesuai dan mudah diperolehi apabila diperlukan.

UBATAN DAN ALATAN
KEGUNAAN DAN RAWATAN
Solvan
Untuk merawat luka dan kudis
Gentian biru (blue lotion)
Untuk merawat luka dan kudis
Ubat cium (smelling salt)
Untuk menyedarkan mangsa yang pengsan
Larutan iodin
Untuk merawat luka
Kapas
Untuk menyapu luka, menyapu ubat pada luka dan sebagai penutup luka
Dressing strip E plast
Untuk menutup luka
Kain pembalut
Untuk membalut luka dan anggota terseliuh
Krim antilecur
Untuk merawat kulit yang terbakar dan melecur
Pil penahan sakit
Untuk meredakan sakit dan pening kepala
Cecair optrex
Untuk mencuci mata

                   Jadual 3-0 Senarai ubatan dan alatan serta cara menggunakannya



RUJUKAN :

1. Manual Pertolongan Cemas (2012), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

















Catat Ulasan

0 Ulasan