PROSEDUR PEMERIKSAAN PIPE SPOOL

PROSEDUR PEMERIKSAAN PIPE SPOOL


Sebelum memulakan Pemeriksaan akhir untuk pipe spool, seorang pipe fitter dan inspector perlu memahami prosedur pemeriksaan Pipe spool.
 Tujuan prosedur ini diwujudkan adalah untuk memastikan semua aktiviti ujian dan pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan boleh dijalankan mengikut sistem identifikasi spesifikasi yang ditetapkan.

Skop kerja pemeriksaan untuk  final pipe spool ini adalah seperti berikut:-

i. Pemeriksaan Line number (spool number)

ii. Pemeriksaan Joint Number

iii. Pemeriksaan Pipe alignment

iv. Pemeriksaan Material specs

v. Pemeriksaan Visual test (VT)

vi. Pemeriksaan Non-Destructive Test

 

Untuk pemeriksaan item i) hingga iv) ia akan dilakukan oleh pipe foreman atau pipe supervisor. Manakala untuk item v) dan vi) ianya dilakukan oleh Welding Inspector dan NDT Inspector. Untuk item v) dan vi) pihak paip supervisor perlu mengemukakan borang inspection requestion seperti jadual 1 dibawah kepada pihak Quality Control sebelum mereka membuat inspection.

Rujukan setiap pemeriksaan yang dinyatakan di atas adalah seperti berikut:-

i) Inspection Test Plan

ii) Record and control procedure

iii) NDT Matrix

iv) NDE and Weld Map

 Bagi membuat pemeriksaan Pipe Spool Final Inspection seorang pipe fitter perlulah mengisi borang NOI (Notification Of Inspection).


Rajah 2.1: : Contoh NOI

Selepas mengisi borang NOI  kemudian isikan boring Material  Verification and Fit Up (MVFAUR) Report- Piping semasa menjalankan proses pemeriksaan pipe  spool. Maklumat yang perlu ada dalam borang MVFAUR perlu ada

i. Nama Projek

ii. Nama Syarikat

iii. Drawing No.

iv. Report No.

v. Tarikh

vi. Sistem

vii. Disediakan oleh

viii. Diperiksa dan diterima oleh

ix. Disaksikan oleh wakil syarikat

 Contoh borang RFI (Request For Inspection) .

 

 Jadual 2.2 : Contoh borang untuk memohon membuat pemeriksaan

  

1. PROSEDUR PEMERIKSAAN

 

i) Tanggungjawab

· Tanggungjawab untuk menyusun dan membuat semua aktiviti pemeriksaan mengikut sistem indentifikasi yang ditetapkan adalah dari seorang Quality Control and Quality Assurance Coordinator. Beliau juga bertanggungjawab untuk memastikan pemeriksaan dijalankan mengikut susunan dan perancangan yang ditetapkan. Bagi seorang pipe foreman beliau hendaklah rapat kepada Quality Control and Quality Assurance Coordinator untuk memastikan fabrikasi sistem paip diperiksa dan seterusnya diluluskan.

 

ii)  Permohonan untuk membuat ujian dan pemeriksaan

· Seorang pipe foreman perlu memohon dengan mengisi borang pemeriksaan seperti pada jadual 1 dan dikemukakan kepada bahagian Quality Control sehari sebelum pemeriksaan dibuat.

· Pipe foreman juga perlulah memeriksa keadaan fizikal pipe spool lengkap dan siap 100% sebelum memohon untuk membuat pemeriksaan dari pihak Quality Control.

 

iii)   Sistem Identifikasi material

· Semua bahan paip perlu ditanda dengan warna biru untuk bahan kepunyaan fabrikator dan warna kuning untuk bahan kepunyaan client. Client adalah pihak yang memberi projek kepada fabrikator atau tuan projek. Manakala fabrikator adalah pihak yang membuat projek untuk client.

· Apabila semua bahan paip lulus pemeriksaan dari QC inspector, bahan tersebut perlu ditanda dengan warna hijau. Tanda warna ini perlu diletak dihujung kedua-dua belah paip.

· Untuk menunjukan perbezaan bahan paip, kelas dan grade. Warna berikut perlu ditanda pada bahan yang berkenaan:

Bahan & Grade

Warna

ASTM A333 Gr.3 (Carbon steel)

Kuning

ASTM A333 Gr.6 (Carbon steel)

Merah

API 5L Gr. X65 (Carbon steel)

Merah Jambu

A316 L (Stainless steel)

Hitam

ASTM A790 (Duplex)

Coklat

Jadual 3.1: Kod warna untuk bahan dan grade

 

· Warna tersebut perlu ditanda sepanjang paip dengan mengunakan spray colour.

· Kod warna di atas akan ditanda oleh penjaga stor yang dipilih oleh material coordinator. Material coordinator bertangungjawab memastikan bahan paip disusun ditempat yang sesuai dan mengawasi setiap pergerakan bahan paip.

 

i)   Sistem Identifikasi ditapak kerja (site)

· Inspektor perlu mengunakan kod warna yang berbeza untuk menandakan status pemeriksaan pada tempat yang telah diperiksa atau belum diperiksa

· Inspektor perlu mengunakan marker berwarna putih untuk menanda setiap bahan atau benda kerja yang diperiksa

· Inspektor perlu mengunkan marker yang berwarna kuning untuk menulis setiap keputusan pemeriksaan pada benda kerja, tandatangan pemeriksa dan tarikh pemeriksaan dibuat

· Pipe fitter perlu membuat kotak pemeriksaan bersaiz 8” x 10” pada setiap joint paip. Kotak pemeriksaan ini kemudianya akan ditanda oleh inspektor setelah keputusan pemeriksaan diketahui. Tanda seperti “ACCEPTED” atau “REJECTED” akan ditanda pada kotak pemeriksaan tersebut oleh inspektor yang berkenaan.

· Untuk paip saiz yang kecil dan tidak dapat ditanda dengan menggunakan kotak pemeriksaan, kod warna berikut boleh digunakan untuk menanda status pemeriksaan tersebut:

  

Peringkat pemeriksaan

Kod warna

Material Verification Report Accepted

Putih

Fit-up Accepted

Kuning

Visual Accepted

Hijau

Non-Destructive Testing Accepted

Merah


Jadual 3.2 : Kod warna untuk pemeriksaan 

· Kod warna ini akan ditanda dengan spray berwarna oleh inspektor yang terlibat pada tempat yang telah dibuat pemeriksaan

ii)   Perkara penting

· Peralatan untuk pemeriksaan perlu mempunyai sijil pemeriksaan (calibration) yang sah dari badan berkuasa seperti Sirim dan sebagainya. Periksa tarikh luput peralatan tersebut sebelum menggunakanya.

iii)   Laporan pemeriksaan

· Laporan pemeriksaan perlu dibuat dalam format laporan yang standard dan mengikut kod dan sistem yang tertentu. Inspektor perlu menghantar dan menyiapkan laporan pemeriksaan pada hari yang sama pemeriksaan dibuat. Laporan ini akan dihantar pada client untuk disahkan dan akan dicompile bagi tujuan dokumentasi akhir.

1. Prosedur pemeriksaan Pipe spool

Sebelum memulakan pemeriksaan akhir untuk pipe spool, seorang pipe fitter dan inspector perlu memahami prosedur pemeriksaan Pipe spool. Tujuan prosedur ini diwujudkan adalah untuk memastikan tiada sebarang perkara yang perlu diperiksa dari terlepas pandang atau tertinggal. Sebelum kerja-kerja dapat dijalankan pipe fitter dan inspector perlu membaca dan memahami Inspection And Test Plan prodedur yang dikeluarkan oleh pihak kontraktor dan mendapat kelulusan dari client. Antara perkara yang perlu di fahami dalam Inpection And Test Plan adalah seperti berikut:-

1.1. Tujuan

Inpection and test plan direkabentuk bagi menunjukkan

1.2. Skop Prosedur

Prosedur ini digunapakai untuk semua jenis pemeriksaan (inspection) dilakukan oleh kontraktor di bawah skop kerja yang di terima.

1.3. Prosedur

Semasa melakukan persedian untuk melakukan inspection and test plan pihak kontraktor mestilah mempunyai QC  yang bertanggungjawab untuk menyelaras kerja-kerja tersebut. Fungsi QC adalah untuk memastikan hanya mereka yang berkelayakkan untuk melakukan pemeriksa dan setiap keperluan pemeriksaan adalah mematuhi standar yang permintaan yang di syaratkan.

Segala kerja-kerja pemeriksaan hendaklah dibangunkan oleh QC kontraktor dan mestilah dipersetujui oleh client mengenai cadangan ke atas pemeriksaan tertentu.

Sebelum melakukan kerja pemeriksaan, penyelia projek perlu memaklumkan dan menerangkan mengenai peringkat pemeriksaan, keperluan pemeriksaan dan spesifikasi yang berkaitan dengan pemeriksaan kepada pekerja yang terlibat dalam kerja tersebut.

Setiap peringkat pemeriksaan hendaklah dilengkapkan dengan keputusan pemeriksaan dan mestilah mengikut specifikasi yang ditetapkan. Seterusnya pemeriksaan yang berikutnya boleh dijalankan.

1.4. Definasi

NOI - Inspection Notifications.

WPS - Welding Produce Specification.

WPQT - Welding Procedure Qualification Test.

PQR - Procedure Qualification Reports.

WQT - Welder Qualification Test.

MRIR - Material Receiving Inspection Report.

MVR - Material Verification Report.

FU - Fit-up Inspection.

VI - Visual Inspection.

PWHT - Post Weld Heat Treatment.

NDT - Non Destructive Test.

RT - Radiography Test.

UT - Ultrasonic Testing.

MPI - Magnatic Particle Inspection.

DPI - Dye Penetrant Inspection.

 




Catat Ulasan

0 Ulasan