PERFORM PIPE SUPPORT TEMPLATE PREPARATIONS.
2.1.1 Pipe Support Template Dimension.
2.1.2 Pipe Support Template Marking.
2.2 Pipe Support Template Material.
Pipe Support Template
Material digunakan sebagai bentuk (pattern)
sebenar pipe support yang dihasilkan.
Ianya terdiri daripada:
a. Kad Manila
b.
Galvanized iron sheet
c.
Tin Plate
d.
Scissor/snip
2.2.1 Kad Manila
Kad manila digunakan bagi menghasilkan bentuk sebenar (pattern) pipe support berdasarkan saiz dan demensi yang telah ditetapkan pada detail pipe support drawing
Gambarajah 2.2.1(a): Kad Manila
2.2.2 Galvanized iron
sheet
Galvanized iron sheet juga digunakan
bagi menghasilkan bentuk sebenar (pattern)
pipe support berdasarkan saiz dan demensi yang telah ditetapkan pada detail
pipe support drawing. Kelebihannya: Tidak mudah rosak jika dibandingkan
penggunaan Manila Card.
Gambarajah 2.2.2 (a): Galvanized iron sheet
2.2.3 Tin Plate.
Tin plate digunakan bagi menghasilkan
bentuk sebenar (pattern) pipe support berdasarkan saiz dan demensi yang telah ditetapkan pada detail
pipe support drawing.
Gambarajah 2.2.3 (a): Tin Plate.
2.2.4 Scissor and Snip.
Scissor and Snip digunakan untuk memotong pattern
yang telah dilukis pada plate mahupun manila card. Ia bertujuan untuk membentuk
rekabentuk asal pipe support yang
akan dihasilkan.
3.1 Penandaan Pada Bahan Sokongan Paip. (Pipe Support Material Marking.)
a. Sebelum kerja-kerja penandaan
dilakukan pada permukaan sebenar pipe
support, template bagi pipe support mestilah dihasilkan
terlebih dahulu.
b. Template yang dihasilkan adalah berdasarkan saiz dan rekabentuk
sebenar seperti rajah 3.1(a).
Rajah 3.1 (a): Pipe Support Detail bagi Bolt
and nut.
3.2 Teknik pemotongan bahan sokongan paip (Pipe Support Material
Cutting technique.)
3.2.1 Pemotongan rata (Flat Cutting) dan
pemotongan serong (Bevel).
Teknik pemotongan paip sokongan adalah satu proses kerja yang melibatkan beberapa jenis.Teknik pemotongan paip sokongan dibahagikan kepada dua jenis pemotongan utama iaitu :
3.2.2 Keadah pemotongan paip sokongan.
a. Hot cutting
i.
Gas Oxy-Acetylene cutting.
ii. Plasma cutting.
b. Cold cutting
i.
Pemotongan gergaji kasar (Abrasive cutting)
ii.
Pemotongan gergaji kuasa (Band saw cutting)
3.2.3 Teknik Pemotongan sokongan paip (Pipe
support Material cutting technique).
3.2.3.1 Teknik
pemotongan rata. (Flat)
Teknik
pemotongan rata biasanya menggunakan dua (2) keadah:
a. Keadah Free Hand Cutting menggunakan (Oxy-Acetylene).
Teknik ini menggunakan pemotongan oksi asetelin tanpa bantuan alatan
lain dan hanya menggunakan tangan secara bebas bagi menghasilkan potongan
rata/lurus.
b. Keadah pemotongan rata menggunakan straight guide (Oxy-Acetylene).
Gambarajah 3.2.3.1 (b): Straight guide.
Keadah pemotongan rata menggunakan straight guide bertujuan bagi mendapatkan potongan rata/lurus lebih
tepat bagi mengurangkan tatal pada paip sokongan.
Gambarajah 3.2.3.1 (c): Pemotongan rata menggunakan straight guide pada permukaan atas I-Beam.
3.2.3.2 Teknik Pemotongan
Serong (Bevel).
Teknik pemotongan serong (bevel)
juga menggunakan dua (2) keadah:
a. Keadah Free Hand Cutting menggunakan (Oxy-Acetylene).
Teknik ini menggunakan pemotongan oksi asetelin tanpa bantuan alatan
lain dan hanya menggunakan tangan secara bebas bagi menghasilkan potongan
serong berdasarkan sudut yang telah dinyatakan.
3.3 Peralatan pemotongan, perkakasan dan bahan guna habis (Cutting tools, equipment and consumables.)
3.3.1 Peralatan pemotongan dan perkakasan.
Terdapat beberapa jenis peralatan dan perkakasan pemotongan yang biasa
digunakan dalam menghasilkan paip sokongan. Di antaranya adalah:
·
Gas Oxy-Acetylene cutting.
·
Plasma cutting.
·
Pemotongan
gergaji kasar (Abrasive cutting)
·
Pemotongan gergaji kuasa (Band saw cutting)
·
Mesin Pencanai Mudahalih (Grinder)
3.3.2 Bahan guna habis.
Bahan guna habis merupakan bahan yang digunakan sehingga habis dan dibeli semula. Di antara bahan guna habis bagi menghasilkan paip sokongan adalah:
-
i.
Electrode
-
ii.
Roda pencanai (grinding wheel).
-
iii.
plate
-
iv.
C-channel
-
v.
.I-Beam
-
vi.
H-Beam
- vii.
Angle Iron
- viii.
U-Bolt
3.3.3 Asas Operasi Kimpalan (Basic welding Operation.)
· Ikatkan kepingan pada ragum (vice) dan kikirkan muka punca (root face) dengan ketebalan 1.5mm-2mm.
· Letakkan bendakerja diatas meja yang rata. Jika perlu letak pelapik dibawah bendakerja.
· Sesuaikan celahan punca dengan menggunakan tolok jarak (gap guage)
· Paku kimpal sebelah hujung kiri sahaja sepanjang 10mm.
· Jika terbesar atau terkecil celahan punca, baiki atau betulkan dengan penukul.
· Buat paku kimpal pada hujung kanan pula sepanjang 10mm.
· Periksa jarak celahan punca dengan pengukur jarak.
· Leakkan kepingan percubaan pada bendakerja bagi memulakan arka.
· Bukakan sudut bendakerja pada kedudukkan berlawanan dengan erutan.
· Cara membuatkannya ialah dengan menghentak di bucu meja kerja (30°-40°)
· Alaskan bendakerja supaya tidak mengganggu penembusan.
· Laras arus 70A-90A dengan elektrode E6010 SWG 12.
· Kimpal larian punca dan berhenti dikawasan tengah bendakerja.
· Pastikan lubang kunci (key hole) sentiasa ada disepanjang kimpalan.
· Bersihkan sepanjang 20mm dihujung kimpalan dan jika perlu gunakan mesin canai.
· Sambung kimpalan hingga siap dikimpal sepenuhnya.
3.3.3.2 Asas Operasi
Kimpalan GTAW
Dalam kimpalan TIG,arka elektrik terjadi apabila
arus elektrik dialirkan kepada elektrod tungsten. Jarak antara
hujung elektrod tungsten dan permukaan bendakerja akan menyebabkan aliran electron. Aliran
elektron pula menghasilkan arka dan haba yang tinggi
untuk meleburkan logam.
Kimpalan TIG
dilakukan dalam atmosfera yang dikawal dengan menggunakan elektrod
tungsten yang berfungsi menghasilkan arka untuk meleburkan logam.
Arus terus atau arus ulang alik berfrekuensi tinggi digunakan bertujuan
membolehkan arka terhasil berterusan dan stabil tanpa perlu elektrod
menyentuh pada permukaan logam. Arka dinyalakan dengan menekan suis
penghidup yang terletak pada pemegang sumpitan api. Rod pengisi perlu
disuap dan dienapkan kedalam kawasan kawah leburan sebagai logam
penambah. Semasa mengimpal gas lengai yang disalurkan dari silinder gas melalui
sumpitan berfungsi sebagai perisai bagi melindungi kawah leburan daripada
udara atmosfera terperangkap didalamnya.
0 Ulasan