PIPE FIT-UP INSPECTION

Pipe Fit Up Inspection 
Apa itu pipe fit-up inspection.. Soalan yang
seringkali kita dengar..adakah keadahnya sama seperti pipe fit-up? Soalan inilah yang seringkali menjadi persoalan kepada para pekerja baru dan para pelajar yang baru menceburi bidang pemasangan paip minyak dan gas.

Di sini, cikgu pipe fitter cuba menerangkan apakah fungsi sebenarnya pipe fit-up inspection dalam kerja-kerja pemasangan paip minyak dan gas.

pipe fit-up inspection satu proses memeriksa kerja-kerja fabrikasi paip dengan penggunaan alat-alat (tools) dan peralatan (equipments) yang betul dan sesuai mengikut spesifikasi kerja. Kerja-kerja pipe fit up adalah satu kemahiran asas yang perlu di lakukan sebelum terhasilnya satu sambungan. Peralatan yang biasa di gunakan bagi kerja kerja penyambungan dan pemasangan (fit up) adalah Sesiku L, Magnetic Spirit Level, Hi low Gauge, Steel Rule, Flange Aligner, Adjustable Pipe Support, Brackets dan Hangers.
Penerangan ini membolehkan pelajar memahami kaedah menjalankan pemeriksaan pada peralatan dan mesin bagi menjalankan kerja kerja penyambungan (fit up). Berpandukan lukisan Isometrik paip, seorang Jurugegas Paip (Pipe Fitter) perlu tahu pengeluaran bahan MTO (Material Take Off), spesifikasi bahan, jumlah bahan yang diperlukan dan penyambungan paip mengikut arah didalam pelan. Kebiasaannya skop kerja yang di amalkan di bengkel (workshop), tapak kerja (work site) atau pelantar minyak(platform) adalah berbeza dan mengikut keadaan.

Antara skop kerja yang biasa diamalkan adalah:

1. Dapatkan Lukisan ISO (issue for Construction) daripada Supervisor atau Foreman.
2. Pastikan telah di cop AFC (Approved for Construction) dan telah ditandatangani.
3. Senaraikan bahan yang diperlukan mengikut jumlah dan spesifikasi yang ditentukan.

Penyambungan (fit up) akan dilakukan dengan mengukur paip terlebih dahulu mengikut ukuran cut piece yang dikehendaki. Kemudian kedua dua hujung paip diserongkan (bevel). Proses menyerongkan permukaan (bevelling) adalah bagi membuat sambungan temu dan perlu dipaku kimpal (tack weld). Penyerongan (bevelling) pada paip (cut piece) boleh dilakukan dengan menggunakan secara proses manual, mesin semi automatik atau mesin automatik.


1. PROSEDUR PEMERIKSAAN (Inspection Procedure)


Prosidur sebelum dan selepas menjalankan Pipe Fit Up Inspection adalah seperti berikut:

Sebelum
1. Dapatkan lukisan Isometrik (ISO) Issue For Construction dari Supervisor atau Foreman.
2. Bincangkan perkara pekara yang tidak difahami.
3. Tafsir (interprete) lukisan Isometrik.
4. Sediakan Senarai Semak / checklist pengeluaran bahan (MTO)
5. Senaraikan peralatan peralatan yang diperlukan
6. Isikan format Analisa Kerja Selamat - JSA
7. Dapatkan Permit to Work PTW daripada unit/bahagian keselamatan
8. Pastikan tapak/ kawasan fabrikasi paip selamat untuk digunakan.
9. Pastikan projek pipe fitup dan paku kimpal telah siap sepenuhnya.
10. Isikan format RFI (Request for Inspection)


Selepas
1. Unit kawalan kualiti QC menjalankan pemeriksaan pada setiap sambungan dengan merujuk ASME B31.3
2. Paku kimpal, penjajaran dan ukuran (tackweld, alignment & dimension) direkodkan diformat RFI.
3. Pemeriksa kawalan kualiti QC perlu tandatangan diborang RFI.

2. LUKISAN ISOMETRIK (Isometric Drawing)

Sebelum melakukan pemeriksaan keselurahan projek, lukisan isometrik menjadi rujukan kepada pemeriksa.
Rajah1. dibawah menunjukkan contoh lukisan isometrik standart (ISO)


 Rajah 3.1: Isometrik paip



3.Material Take Off (MTO)



Jadual 4.1: Contoh, Senarai Pengeluaran Bahan
MTO atau senarai pengeluaran bahan mengadungi butiran terperinci terhadap bahan yang digunakan dalam kerja penyambungan dan pemasangan (fit up) paip.
Ia mengandungi butiran seperti berikut:-
i. Part no.
ii. Item code
iii. Size
iv. Material description
v. Quantity

 

4. Mesin dan Peralatan Pemeriksaan
Sebelum memulakan kerja-kerja penyambungan dan pemasangan (fit up) pastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan.

CONTOH ;-

NO.
TOOL AND EQUIPMENT DESCRIPTION
QUANTITY
REMARKS
1.
MEASURING TAPE
1

2.
ANGLE GAUGE
1

3.
STEEL RULE
1

4.
HALF ROUND FILE
1

5.
WIRE BRUSH
1

6.
L SQUARE 600M
1

7.
MAGNETIC SPIRIT LEVEL
2

8.
MARKING TOOL / PAINT MARKER
1

9.
ISO DRAWING / STANDART DRAWING
1

10.
MATERIAL TAKE OFF (MTO) / SENARAI PENGELUARAN BAHAN
1


Jadual 4.1: Senarai Peralatan dan Mesin yang diperlukan (Tools and Equipment Checklist)








Catat Ulasan

0 Ulasan