Menyediakan laporan kemalangan di tempat kerja.
1. PENGENALAN
Semua insiden, sama ada kemalangan yang hampir (near miss) atau kecederaan sebenar perlu
disiasat. Laporan dan penyiasatan kemalangan yang hampir (near miss) membolehkan kita untuk mengenal pasti dan mengawal bahaya sebelum insiden yang lebih serius terjadi. Siasatan kemalangan / insiden adalah kaedah yang digunakan untuk mendedahkan bahaya sama ada yang telah terjadi atau sebelum terjadi. Ia dilakukan dengan mendapatkan setiap faktor yang menyumbang kepada kemalangan dan seterusnya membuat cara/langkah-langkah untuk mecegah punca kemalangan tersebut daripada berlaku. Objektif utama perlu membuat penyiasatan ini adalah, untuk mengenal pasti punca kemalangan dan tidak menyalahkan kenapa kemalangan itu berlaku.Berikut adalah istilah dan definisi yang sering digunakan untuk penyiasatan dan laporan kemalangan:

i) KEMALANGAN
- Majlis Keselamatan Negara mendefinisikan kemalangan sebagai satu peristiwa yang tidak diingini yang mengakibatkan kecederaan diri atau kerosakan harta benda.
ii) INSIDEN
ii) INSIDEN
- Kejadian adalah tidak dirancang, aktiviti yang tidak diingini yang menjejaskan kerja.
iii) KEMALANGAN YANG HAMPIR (Near Miss)
iii) KEMALANGAN YANG HAMPIR (Near Miss)
– Kemalangan yang hampir berlaku (Near) menggambarkan insiden dimana tiada kerosakan harta benda dan tiada kecederaan yang dialami. Tetapi jika diberi sedikit perubahan dalam masa dan kedudukan yang tertentu, kerosakan dan kecederaan yang mudah boleh berlaku.
i) Menyediakan satu sistem pemeriksaan bengkel atau pejabat pada masa-masa tertentu, untuk menentu dan melaporkan keadaan yang tidak selamat.
ii) Buat kajian semula sebab-sebab sesuatu kemalangan berlaku, dan syorkan langkah-langkah untuk mengatasinya.
iii) Buat perhatian dan laporkan keadaan-keadaan dan kelakuan yang tidak selamat kepada pihak atasan.
i) Ambil berat cadangan-cadangan yang dibuat oleh pekerja berkaitan dengan keselamatan dan laporkan pada jawatankuasa atau pihak atasan.
ii) Hadir di mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa untuk membincangkan program dan rancangan keselamatan syarikat supaya dapat disyorkan kepada pihak atasan.
iii) Terus mempelajari perkara-perkara keselamatan menerusi ceramah, pertunjukkan-pertunjukkan dan lain-lain aktiviti yang memberi pengalaman mengenai keselamatan.
(a) Pengenalan diri yang membuat laporan
(b) Jenis kemalangan, tarikh kejadian, masa kejadian, tempat dan jarak
(c) Cara panggilan samada datang terus atau menerusi talian
(d) Bilangan pelatih/pelajar ditempat kejadian
(e) Keadaan kemalangan dan tindakan awal
(f) Laporan tentang kecederaan
(g) Nilaian harta yang terlibat
(h) Insurans yang berkaitan
2. LAPORAN PEMERIKSAAN
2. AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN
Ahli Jawatankuasa Keselamatan hendaklah dilantik dari kalangan pelajar dan pengajar. Tujuan Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk memastikan keadaan di bengkel terkawal dan selamat untuk digunakan. Ia juga berfungsi untuk:i) Menyediakan satu sistem pemeriksaan bengkel atau pejabat pada masa-masa tertentu, untuk menentu dan melaporkan keadaan yang tidak selamat.
ii) Buat kajian semula sebab-sebab sesuatu kemalangan berlaku, dan syorkan langkah-langkah untuk mengatasinya.
iii) Buat perhatian dan laporkan keadaan-keadaan dan kelakuan yang tidak selamat kepada pihak atasan.
i) Ambil berat cadangan-cadangan yang dibuat oleh pekerja berkaitan dengan keselamatan dan laporkan pada jawatankuasa atau pihak atasan.
ii) Hadir di mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa untuk membincangkan program dan rancangan keselamatan syarikat supaya dapat disyorkan kepada pihak atasan.
iii) Terus mempelajari perkara-perkara keselamatan menerusi ceramah, pertunjukkan-pertunjukkan dan lain-lain aktiviti yang memberi pengalaman mengenai keselamatan.
3. FORMAT LAPORAN KESELAMATAN
Laporan Keselamatan perlu disediakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Bengkel. Perkara-perkara yang perlu dimasukan di dalam Laporan keselamatan ini adalah:(a) Pengenalan diri yang membuat laporan
(b) Jenis kemalangan, tarikh kejadian, masa kejadian, tempat dan jarak
(c) Cara panggilan samada datang terus atau menerusi talian
(d) Bilangan pelatih/pelajar ditempat kejadian
(e) Keadaan kemalangan dan tindakan awal
(f) Laporan tentang kecederaan
(g) Nilaian harta yang terlibat
(h) Insurans yang berkaitan
2. LAPORAN PEMERIKSAAN
Laporan pemeriksaan hendaklah ditulis ahli jawatankuasa dan perlu disemak oleh lain-lain jawatankuasa kumpulan pemeriksaan. Laporan dibuat beberapa salinan satu salinan dihantar kepada jawatankuasa keselamatan untuk ulasan dan simpanan. Satu salinan disimpan oleh jawatakuasa dan satu salinan dihantar kepada penyelia bahagiaan tempat kerja yang dilaporkan. Salinan untuk penyelia mengandungi cadangan-cadangan untuk diambil tindakan. Salinan juga diberi kepada mereka yang bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan yang dilaporkan. Laporan yang dibuat hendaklah cukup lengkap dan boleh difahami oleh orang yang membacanya. Tempat-tempat yang diperiksa hendaklah dinama atau dinombor dengan tepat. Butir-butir operasi hendaklah diistilah dengan betul dan sesuatu keadaan atau kerja yang tidak selamat hendaklah diterangkan dengan teliti.
4. PENYELIDIKAN SESUATU KEMALANGAN
Maksud penyelidikan sesuatu kemalangan ialah mencari jalan bagaimana kemalangan serupa itu boleh dicegahatau dielakkan pada masa hadapan, bukannya bermaksud untuk menyalahkan sesiapa pun. Perkara ini hendaklah diterangkan kepada semua mereka yang berkenaan.
Keterangan-keterangan yang dikehendaki berkaitan dengan sesuatu kemalangan termasuklah:
a) Apakah yang telah dibuat oleh pekerja?
b) Bagaimanakah ia telah tercedera?
c) Apakah yang dibuat dengan tidak selamat?
d) Apakah sebab-sebab yang diberi oleh pekerja yang ia bekerja dengan tidak selamat?
e) Apakah keadaan-keadaan yang tidak selamat berada dan apakah cara-cara yang tidak betul berkaitan operasi?
f) Adakah pekerja itu menggunakan alat-alat keselamatan yang perlu untuk kerja-kerja tersebut?
g) Apakah langkah-langkah yang telah diperbuat atau yang sepatutnya dibuat untuk mencegah kejadian kemalangan serupa itu ?
Untuk mengumpulkan maklumat, ahli jawatankuasa hendaklah pergi ke tempat kejadian dan bertanyakan pekerja yang cedera atau lain-lain orang mengetahui sepenuhnya kejadian tersebut. Kemudian mereka hendaklah membuat laporan mereka sendiri dengan membuat cadangan-cadanagn tanpa membuat dakwaan atau tuduhan kepada sesiapa pun.
Jadual 4 (a)Contoh borang laporan pelanggaran keselamatan
Jadual 4(b) Contoh borang laporan kemalangan yang hampir (Near miss)
Jadual 4(c) Contoh borang laporan siasatan kemalangan yang teruk
Jadual 4(d) Contoh borang laporan siasatan kemalangan
RUJUKAN :
1 E4008.Blogspot.com, Amalan Keselamatan ditempat Pekerjaan, 20-Mac-2013,1500hrs

0 Ulasan