PIPE SUPPORT (pipe sokongan) part 1

 

Paip sokongan (pipe support) ialah sejenis alat yang direkabentuk untuk menahan berat sesuatu batang paip,peralatan serta kandungan didalam paip merentasi sesuatu jarak. Empat fungsi utama penyokong paip adalah untuk:

·         Memandu (Guide)

·         Menahan (Anchor)

·         Menyerap gegaran (Absorb)

·         Menyokong (Support)

Penyokong yang digunakan ditempat yang mempunyai suhu rendah atau suhu tinggi mungkin mempunyai bahan pembalut (Insulation).Keseluruhan rekabentuk penyokong paip adalah bergantung kepada keadaan muatan serta cara operasi sesuatu sistem. 

1.1 Pipe Support Detail Drawing.

Pipe Support Detail Drawing merupakan lukisan sokongan paip yang menerangkan butiran seperti:

a.Jenis bahan (material) yang digunakan untuk membuat sokongan paip.

b.Kedudukan pemasangan paip sokongan yang betul.

c.Keadah pemasangan washer, U-Bolt dan I-rod yang betul berdasarkan kepada diameter paip yang diberikan.

 

1.1.1 Template Isometric Drawing, support detail drawing and isometric  symbol drawing.

1.1.1.1 Template Isometric Drawing.

  Template Isometric Drawing digunakan bagi memudahkan kerja-kerja menghasilkan kerangka pipe support berdasarkan support detail drawing.

 

1.1.1.2 Support Detail Drawing.

a.    Support detail drawing adalah lukisan yang menerangkan saiz angle bar, plate  bar yang akan di potong, ditebuk dan dikimpal.

b.    Ianya juga menetapkan  kedudukan pemasangan sokongan paip , aras paip, saiz detail U bolt dan I-rod dan sebagainya.

 

1.1.1.3  Isometric symbol drawing.

   Isometric  symbol drawing digunakan bagi memastikan paip sokongan yang dibuat dan dipasang adalah sesuai dengan berat (max load (kg) fitting, pipe spool mahupun valve.





Rajah 1.1 (a): Contoh Drawing Details for Pipe Support standard U-Bolt    Guides



Rajah 1.1 (b): Contoh Drawing Details for Pipe Support standard spans and spacing


Rajah 1.1 (c): General Notes for Pipe Support


Rajah 1.1 (d): Contoh Drawing Details for Pipe Support

1.2 Types of Pipe Support. (Jenis-jenis sokongan paip).

 

Pengenalan

Penyokong paip diperbuat dari pelbagai bahan termasuk keluli struktur,keluli karbon,keluli tahan karat, aluminium dan besi tempa.Kebanyakan penyokong paip adalah disalut untuk menahan dari hakisan. Diatara kaedah melindung termasuk: Cat,zing,galvani atau kombinasi bahan bahan tersebut.

 

1.2.1 PIPE GUIDE.

 

·         Pipe guide ialah sejenis perkakas yang digunakan untuk mengawal laluan sesuatu jarak paip.Pipe Guide boleh digunakan bersama lain lain jenis penyokong paip untuk mendapatkan lebih kebebasan.

 


     Rajah 1.2.1 (a): Hold down clam



                                   Rajah 1.2.1 (b): Cylinder pipe guide on beam

to be continue...part 2












Catat Ulasan

0 Ulasan