Sebagai pipe fitter, perkara yang pertama harus dipelajari selepas asas keselamatan adalah lukisan teknikal. Di mana keperluan memahami lukisan adalah perkara wajib. Disini...cikgu pipe fitter cuba menerangkan asas kepada lukisan teknik terbantu komputer.
1.1. Makna lukisan teknik dengan bantuan perisian autocad
Lukisan teknik merupakan satu pelajaran yang amat penting terutama dalam bidang kejuruteraan. Lukisan merupakan satu media untuk menyampaikan maklumat dengan lebih jelas dan tepat. Kebiasaan bagi menyiapkan sesebuah lukisan akan mengambil masa yang agak lama bergantung kepada besar sesebuah projek yang bakal dilaksanakan. Walau bagaimanapun dengan perkembangan teknologi yang pesat membangun pada masa sekarang penggunaan perisian untuk menghasilkan lukisan telah digunapakai. Penggunaan perisian Autocad adalah salah satu cara bagi melukis sesebuah lukisan dengan cepat jika dibandingkan dengan melukis secara manual iaitu melukis di atas kertas. Penggunaan perisian ini adalah dengan cara melukis dengan menggunaan arahan – arahan melukis yang terdapat pada perisian autocad. Bantuan perisian autocad dapat mempercepatkan proses melukis dan mengubah sesebuah lukisan.
1.2. Piawaian lukisan teknik
Memandangkan lukisan teknik merupakan komunikasi utama dalam bidang kejuruteraan, ia dikawal oleh Undang-Undang Konversi yang telah dipersetujui diperingkat antarabangsa. Semua undang-undang ini telah dihimpunkan menjadi piawaian utama seperti America AIA Cad Layer Guidelines, 2nd edition (1997), has a great usage in the USA, The British Standarts BS 1192 dan ISO 13567-1/3, International standard, common in Northern Europe.
2. SISTEM PENILAIAN LUKISAN TEKNIK
2.1. Ketepatan.
Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuklah ketepatan ukuran saiz dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis arahan ataupun sepertimana yang telah ditentukan. Lukisan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan kemungkinan tidak dapat diterima.
2.2. Teknik Melukis.
Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknikmembina garisan. Cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami. Ini memandangkan terdapat berbagai-bagai jenis garisan dalam garisan dan simbol-simbol tertentu yang boleh diguna bagi membantu pembikinan lukisan yang lebih baik. Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami atau mengelirukan kerana garisan-garisan lukisannya nampak kabur.
2.3. Kebersihan Lukisan.
Setiap pelukis mestilah menghargai lukisan yang dibuatnya. Di sebabkan itu, pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara menggunakan alatan lukisan untuk memastikan kekemasan dan kebersihan lukisannya. Amalan begini dapat menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan menghasilkan kerja yang baik.
Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan lukisan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik bagi setiap pelajar.
2.4. Masa Menyiapkan Lukisan.
Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu lukisan teknik itu sebaik-baiknya dengan secepat mungkin yang boleh. Apabila pelukis memulakan lukisannya, bermakna dia memulakan latihan dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.
3. JENIS JENIS GARISAN
3.1. Garisan berterusan tebal
Garisan susur dan bucu yang dapat dilihat. Garisan ini juga merupakan garisan bagi sesuatu objek yang hendak dilukis. Ini adalah kerana objek mestilah dapat dilihat dengan jelas berbanding dengan garisan unjuran atau garisan pembayang.
Rajah 3-1 Garisan berterusan tebal
3.2. Garisan berterusan nipis
Garisan ini digunakan untuk sebagai garisan pembayang bagi membentuk sesebuah lukisan. Oleh yang demikian garisan ini digaris nipis supaya tidak jelas kelihatan. Kebiasaan garisan jeni ni digunakan untuk melukis :-
· Bucu khayalan.
· Garisan dimensi.
· Garisan unjuran.
· Garisan penunjuk.
· Garisan lorek.
· Garisan tengah bulatan.
· Garisan susur bagi anggotan mesin bergerak.
Rajah 3-2 Garisan berterusan nipis
3.3. Garisan berterusan tidak lurus
Garisan ini digunakan untuk melukis had pandangan bagi sesebuah objek ataupun garisan keratan rentas bahagian dalam sesebuah objek. Keadaan ini membolehkan pelukis memberi gambarahan bahagian dalam sesebuah objek.
Rajah 3-3 Garisan berterusan nipis
3.4. Garisan pusut-putus nipis
Garisan ini digunakan untuk menunjukan garisan yang tersembunyi. Keadaan ini adalah disebabkan arah pandangan yang menghadkan penglihatan sesebuah objek. Oleh yang demikian dengan adanya garisan ini dapat memperlihatkan lagi dengan lebah jenis bentuk sesebuah objek walapun pada sudut pandangan yang melindungi garisan tersebut.
Rajah 3-4 Garisan putus-putus
3.5. Garisan berantai nipis
Garisan ini digunakan sebagai garisan tengah, garisan tengah dan sebagai gairsan paksi sesebuah lukisan. Ada juga sesetengah lukisan menggunakan garisan ini sebagai garisan sempadan. Selain itu ia juga digunakan untuk menunjukan pegerakan bagi objek atau mesin.
Rajah 3-5 Garisan berantai nipis
3.6. Garisan berantai nipis dan bahagian pertukaran arah tebal
Garisan ini menunjukan bahagian yang mempunyai satah keratan
Rajah 3-6 Garisan dan bahagian pertukaran arah tebal
3.7. Garisan berantai tebal
Garisan ini dilukis pada permulaan yang menebal dan putus-putus tebal
3.8. Garisan berterusan bersiku-siku nipis
Garisan ini digunakan untuk melukis had pandangan sesuatu objek. Sekiranyan objek terlalu panjang ini boleh dilukis pendek dengan cara memotong bahagian objek tersebut.
Rajah 3.8 Garisan berterusan bersiku-siku nipis
1. DIMENSI
Dimensi merupakan suatu kaedah yang digunakan untuk menentukan ukuran sesuatu objek yang dilukis. Lukisan hendaklah mengikut dimensi yang diberi atau mengikut sesuatu skala yang ditentukan.
1.1. Jenis dimensi piawai
Jenis dimensi yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan terbahagi kepada beberapa jenis tatapi sebagai pengenalan hanya jenis dimensi asas sahaja yang akan diterangkan.
1.2. Kaedah dimensi.
Beberapa ketetapan telah ditentukan oleh BS 308 tentang cara-cara menulis sesuatu dimensi. Antaranya adalah seperti berikut:-
· Dimensi tidak boleh di tulis di dalam objek yang dilukis. Dimensi hendaklah ditulis di luar objek dengan menggunakan garisan unjuran.
· Dimensi boleh ditulis sama ada mendatar atau ditulis dari bawah ke atas dan boleh dibaca dari sebelah kanan.
· Kepala anak panah hendaklah dilukis mengikut nisbah 3:1 untuk panjang dan lebar masing-masing.
· Penggunaan simbol R untuk jejari dan simbol Ø untuk garis pusat bulatan.
· Garisan unjuran yang dibuat mestilah sekurang-kurangnya 15mm atau 20mm jaraknya dari objekdan mempunyai ruang 1mm dari objek yang dilukis.
· Dimensi yang terlalu besar ditunjukan dengan menggunakan dua kepala anak panah.
* Bersambung.....
RUJUKAN :
1 Mohd. Ramzan, Badri dan Yahya (2008).”Lukisan Kejuruteraan Asas”, Penerbit, Universiti Teknologi Malaysia.
2 Amarjit K. Dhillon “AutoCAD 2012”
3 Mohd Fadzil Daud Publisher 2010 “Panduan Asas Lukisan Kejuruteraan Edisi Kedua”.Penerbit UTM Press
0 Ulasan