Jenis-jenis Pemadam Api (Part 1)

Jenis-jenis Pemadam Api.

Kebakaran boleh berlaku di mana-mana. Dalam bidang minyak dan gas, kebakaran adalah perkara yang amat dekat boleh terjadi sekiranya kita tidak mencegah dan menghindiri dari awal lagi. Disini, cikgu pipe fitter cuba menerangkan jenis-jenis pemadam api yang perlu diketahui sebagai pipefitter.


Sebelum itu,kita harus mengetahui api terbentuk daripada mana?..

1. PENGENALAN

1.1. Bahan Api
Adalah semua bahan boleh terbakar samada pepejal, cecair atau gas.
1.2. Oksigen
Udara untuk bernafas adalah mengandungi 21% Oksigen. Api memerlukan hanya 16% Oksigen untuk membakar.
1.3. Haba
Adalah tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan suhu bahanapi ketahap pengewapan bagi membolehkan penyalaan.

Tindakbalas Kimia – tindakbalas rantaian boleh berlaku bila ketiga – tiga elemen ini wujud. Kebakaran berlaku bila terdapat oksidasi yang pantas. Hapuskan salah satu elemen ini kebakaran tidak akan berlaku.

2. BAGAIMANA KEBAKARAN DIKLASIFIKASIKAN?


Rajah 2-0 Klasifikasi Alat Pemadam Api


2.1.  Kelas A
Kebakaran bahan biasa mudah terbakar atau bahan bersabut. Contoh kayu, kertas, kain, getah dan plastik.
2.2. Kelas B
Kebakaran cecair mudah terbakar contoh minyak tanah, minyak gas, cat, petrol dan propane.
2.3. Kelas C
Kebakaran disebabkan oleh peralatan/peranti elektrik yang mempunyai bekalan kuasa contoh suis, kotak panel agihan, wayar litar dan motor.
2.4. Kelas D
Kebakaran logam mudah terbakar seperti magnesium, potassium, sodium, titanium. Logam ini terbakar ketika suhu yang tinggi dan mengeluarkan oksigen untuk menyokong pembakaran.

3. JENIS ALAT PEMADAM API

· Sejenis alat pemadam api mekanikal yang mudah alih yang boleh mengawal dan memadamkan kebakaran kecil mengikut kelas api dan kebakaran tertentu.
· Pemadam api adalah alat perlindungan kebakaran aktif yang digunakan untuk memadamkan atau mengendalikan kebakaran kecil, yang sering digunakan dalam situasi kecemasan. Hal ini tidak termasuk untuk digunakan pada api diluar kawalan, seperti yang akan membahayakan pengguna (iaitu tidak ada jalan keluar, asap, bahaya letupan, dan sebagainya), atau memerlukan anggota bomba dan penyelamat. Biasanya, alat pemadam api terdiri daripada bekas silinder yang mengandungi agen yang boleh dibuang untuk memadamkan api kebakaran. 
· Sebuah peranti yang boleh digunakan untuk memadamkan api. Biasanya bekas silinder alat pemadam api diisi dengan karbon dioksida, serbuk kering, atau air.
· Sebuah peranti mudah alih untuk memadamkan kebakaran kecil.
· Satu alat yang boleh mengawal dan memadam kebakaran pada peringkat awal.


Rajah : Jenis Alat Pemadam Api

1.1. Pemadam Api Jenis Air
Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu :-
· Jenis Kartus ( Cartridge )
· Jenis Tekanan simpan ( store Pressure )
Kedua – dua tabung tersebut berwarna merah, mempunyai berat 10kg dengan jarak semburan sejauh 4 meter .Bahagian dalam tabung di isi dengan air yang bercampur dengan sodium Nitrat bagi mengelakkan pengaratan dan pembekuan.
Tabung jenis kartus ,mempunyai satu lagi tabung kaca khas yang mengandungi tekanan gas mampat karbon dioksida. Apabila tabung kaca tersebut dipecahkan oleh plunger, gas tersebut akan keluar dan menolak air untuk di sembur keluar .
Jenis tekanan simpan pula,air akan dimasukkan bersama tekanan udara mampat dan dikawal oleh satu injap bagi menyembur udara keluar.

Bersambung

Catat Ulasan

0 Ulasan