Valve pressure test (Ujian tekanan injap) merupakan ujian yang menguji keadaan injap (valve) agar boleh diguna dan berfunsi dengan baik. Tanpa melakukan ujian tekanan terhadap valve, kebocoran pada valve boleh berlaku. Ini mungkin boleh memudaratkan keselamatan pekerja dan orang di sekeliling plantar minyak mahupun yang berada di kawasan life plan. Oleh hal demikian, ujian mestilah dijalankan dengan keadah yang betul berdasarkan SOP yang telah ditetapkan.
Berikut merupakan tatacara melakukan ujian tekanan pada Valve:
Rajah 1: Set Ujian tekanan air
1. ARAHAN DAN LANGKAH KESELAMATAN
Pelajar perlu melaksanakan langkah pencegahan berpandukan prosedur yang betul untuk menggunakan peralatan ujian tekanan. Perlajar perlu mematuhi peraturan:
- peraturan keselamatan peralatan yang disertakan
- Kemahiran keselamatan yang diperlukan
- Peralatan yang betul digunakan
2. Peralatan yang betul digunakanPERALATAN DAN BAHAN
2.1. Water
2.2. Test pump set
2.3. Test valve (gate valve)
2.4. Blind flange
2.5. Spanner set
2.6. Bolt and nut
1. LANGKAH DAN BUTIRAN KERJA
1.1. Pasang peralatan ujian tekanan pada injap yang hendak diuji seperti di bawah.
Rajah 2: Test pump set
1.1.1. Sambungkan injap ‘C’ dan ‘D’ kepada injap yang hendak diuji.
1.1.2. Penuhkan air ke dalam injap sehingga penuh samada melalui injap ‘C’ atau ‘D’
1.1.3. Sambungkan injap kepada hos tekanan melalui injap ‘C’
1.1.4. Penuhkan air dalam tangki pam hidrotest, kemudian buka injap A dan B. Selepas itu, pamkan air sehingga air keluar melalui injap B bagi memastikan udara terperangkap dikeluarkan dari system hos. Tutup injap B dengan ketat.
1.1.1. Buka injap C dan D, kemudian pamkan air ke dalam injap sehingga air melimpah melalui injap D (bleeding process). Tutup injap D dengan ketat selepas air melimpah keluar.
1.1.1. Cabut hos pam dari injap yang diuji.
1.1.2. Kekalkan tekanan dalam injap dalam tempoh tertentu sebagaimana yang dinyatakan dalam prosedur.
1.1.3. Buat pemeriksaan bagi memastikan tiada kebocoran. Jika ada penurunan bacaan tekanan, ia menunjukkan terdapat kebocoran.
Faktor keselamatan:
1. Buang tekanan pada injap selepas pemeriksaan
2. Jangan tinggalkan injap yang diuji dalam tekanan yang tinggi.
3. Sentiasa menggunakan PPE yang betul semasa menjalankan ujian tekanan.
4. Rekod dan laporan pemeriksaan perlu disimpan berdasarkan keperluan manual pemeriksaan ujian tekanan.
0 Ulasan