GTAW (part 4)


GTAW (part 4)
Apa itu logam penambah? Di sini cikgu cuba terangkan secara teori kepentingan logam penambah dalam kimpalan GTAW process.
1.1. Logam penambah
Logam penambah atau juga dikenali sebagai rod penambah digunakan dalam proses GTAW dan ianya mestilah mempunyai kualiti yang tinggi. Logam penambah berfungsi sebagai bahan pengisi bagi mengisi bahagian yang akan dicantumkan. Berbeza dengan proses lain yang mana elektrod tungsten hanya berfungsi bagi memanaskan logam yang hendak dikimpal manakala penggunaan logam penambah diperlukan bagi mengisi bahan cantuman. Rod penambah mempunyai pelbagai saiz diantara 1.6mm garispusat hingga 5.0mm garis pusat. Bahan yang digunakan di dalam rod penambah bergantung kepada beberapa faktor :
· Kandungan kimia
· Bahan mekanikal
· Ketahanan daya regangan
· Saiz bijian / grain size
· Kecacatan dalaman.
· kekotoran yang terhad / sedikit.
Di bawah ini menunjukkan  spesificasi bagi AWS (American Welding Society) bagi jenis logam yang hendak dikimpal dan rod penambah yang digunakan.

1.2. Pemilihan logam penambah
Penggunaan logam penambah yang betul menjadi salah satu daripada faktor bagi menghasilkan mutu kimpalan yang baik. Oleh yang demikian pemilihan logam penambah juga bergantung pada beberapa faktor-faktor seperti berikut.
· Jenis bahan yang hendak dikimpal mestilah menggunakan bahan penambah yang sama dengan bahan tersebut.
· Ketebalah logam asas dimana semakin tebal logam yang hendak di kimpal maka semakin besar rod penamabah yang diperlukan bagi mempercepatkan lagi proses kimpal.
· Penggunaan gas pelindung.
· Arus bagi kekutuban (polarity).
· Reka bentuk sambungan.
· Kedudukan sambungan.

1.3. Kabel bumi (Ground cable).
Kabel bumi digunakan untuk mengalirkan arus samaada positif atau negatif melalui benda kerja supaya menjadi litar lengkap bagi proses kimpalan GTAW. Tanpa kebel bumi proses kimpalan GTAW tidak akan dapat dilakukan. Kabel bumi mestilah dapat mengalirkan arus maksimum semasa kerja-kerja mengimpal 
Rajah : Kabel bumi (Ground cable).



1.4. Pengepit (Ground clamp).
Pengepit juga dikenalai sebagai (clamp) digunakan sebagai alat sambungan kebel bumi ke mesin kimpal. Pengepit memudahkan bagi jurukimpal bagi memastikan sambungan dapat dilakukan dengan kebas bagi memastikan pengaliran arus adalah baik.


                                                          Rajah : Pengepit (Ground clamp).
1.5. Gas pelindung
Adalah bertujuan melindungi elektrod dan kolam cair daripada dijangkiti oleh udara luar yang mana boleh menjejaskan kualiti sambungan. Terdapat juga penggunaan back-up gas yang dapat melindungi di sebelah bahagian bawah sambungan (penetration). Ini kerana proses kimpal yang tidak dilindungi oleh gas pelindung boleh mengakibatkan berlakukan kecacatan pada hasil kimpal.

1.5.1. Jenis jenis gas pelindung
Berikut adalah merupakan jenis-jenis gas pelindung yang digunakan dalam proses kimpal GTAW.
· Argon.
· Helium.
· Argon-Helium.
· Argon- Hidrogen.

Ciri-ciri gas Argon
· Gas argon adalah baik disebabkan mempunyai ketulinan yang tinggi iaitu sebanyak  99.95%.
· Pengaliran yang sempurna dan bunyi akra agak perlahan.

· Proses pembersihan yang baik.
· Kadar pengaliran yang rendah untuk kadar pelindungan.
· Mudah mengawal arka.
· Pengawasan berterusan.
· Gas argon ini disediakan dalam selinder dan dicatkan warna biru muda laut, yang mana saiznya 8.5m padu manakala tekananya adalah 172 bar.

                        B Ciri-ciri gas Helium
· Gas heliun mempunyai ketulinan yang tinggi 99.99%.
· Ketelusan yang dalam bagi menghasilkan penembusan (penetration).
· Kelajuan yang pantas.
· Sesuai digunakan pada tempat yang dilabelkan sebagai Heat Affected Zone (HAZ).
· Saranan penggunaan pada logam yang bersifat pengalir haba yang tinggi, dan pada mesin automatik dalam menghasilkan produk yang berasaskan sambungan kimpal.

**BERSAMBUNG














Catat Ulasan

1 Ulasan