GTAW (Part 2)

GTAW (part 2).


Nozzle
Nozzel di perbuat daripada ceramik yang saiznya  diantara 4mm dan 10mm.
Nozzle digunakan untuk menyalur gas pelindung bagi melindungi proses kimpal dari terdedah kepada udara luar. Ini kerana sekiranga sambunga terdedah kepada udara luar ia akan mengakibatkan berlakunya kecacatan pada hasil kimpal. Selain itu gas juga berfungsi mengelakan dari berlakunya kepanasan yang berulang kali yang mana boleh menyebabkan kimpalan menjadi rapuh.

Penjagaan Nozzle
· Elakkan nozzle dari terjatuh kerana nozzle budah pecah.
· Jangan menekan nozzle terlalu kuat semasa melakukan kerja-kerja mengimpal.
· Pastikan nozzle sentiasa bersih pada bahagian dalam bagi memastikan gas pelindung dapat dialirkan dengan lancar.

Pemilihan Nozzel
· Pemilihan nozzle bergantung pada jenis atau bentuk sambungan dimana sambungan yang mempunyai sudut yang sempit nozzle bersaiz kecil diperlukan. Manakala sambungan yang mempunyai skala kerja bersar nozzle bersaiz besar dapat mempercepatkan lagi kerja-kerja sambungan.
· Pemilihan nozzle juga bergantung kepada saiz tungsten yang digunakan. Semakin besar skala kerja semakin besar tungsten yang diperlukan jadi semakin besar nozzle yang diperlukan untuk kerja tersebut.
· Kedudukan sambungan juga menjadi salah satu faktor pemilihan nozzle. Sambungan yang mempunyai sudut yang tirus memerlukan penggunaan nozzle yang lebih kecil.


Rajah  : Nozzle



 
Jadual 1.1 : Saranan penggunaan tungsten elektrod dan nozzel serta arus

Electrod cable
Electrod cable digunakan untuk disambungkan pada suis bagi menghidupkan dan mematikan torch semasa kerja-kerja mengimpal. Terdapat satu cable dari mesin disambung terus pada suis pada torch.

Gas hose
Fungsi gas hose adalah untuk mengalirkan gas pelindung yang mana terdapat satu hose yang disambungkan terus dari mesin dengan torch. Hose mestilah dipasang dengan kemas supaya tidak berlaku sebarang kebocoran gas. Terdapat menyambung khas yang digunakan untuk menyambung hose tersebut. Bentuk penyambung tersebut bergantung kepada jenis pengeluar mesin tersebut.

Water oulet hose / Water inlet hose
Bagi mesin yang menggunakan air sebagai bahan ajen penyejuk. Torch mestilah mempunyai dua hose bagi menagalirkan air dari mesin ke torch dan kembali semula ke mesin. Fungsi hose ini adalah untuk menyejukan torch semasa kerja-kerja mengimpal dijalankan. Sambungan hose ini mestilah baik bagi mengelakan berlakunya kebocoran. Sekiranya bocor air akan keluar dari tempat bocor dah mengakibatkan torch gagal berfungsi dengan baik bagi menyejukan torch. Ini kerana torch yang panas akan mudah rosak dan berkemungkinan mengakibatkan hose yang mengalirkan gas pelindung juga mengalami kebocoran yang mana akan mengganggu kerja-kerja mengimpal.



     Rajah  : Cable dan hose yang terdapat pada torch
1.1. Elektrod tungsten.

1.1.1. Kandungan komposit campuran tungsten elektrod
Berikut merupakan jadual kandungan bagi setiap klasifikasi tungsten. Dalam jadual di bawah terdapat nombor part, saiz, jenis arus yang di syorkan, komposisi kandungan dan bahan yang sesuai digunakan untuk kerja mengimpal. Terdapat juga kod warna bagi membolehkan pelajar membezakan setiap tungsten tersebut.


Jadual  : Jadual kandungan campuran tungsten.

Kod warna dalam jadual diatas kebiasannya ditandakan pada bahagian pangkal setiap elektrod tungsten. Oleh yang demikian bagi mengelakan kod warna dari hilang pelajar perlu sentiasa memastikan kod warna tersebut dijaga supaya tidak hilang. Ini bagi memudahkan untuk mengecam fungsi tungsten tersebut.


Rajah : Kandungan campuran tungsten.

Elektrod tungsten  terdapat berbagai warna kod  dan diiktiraf oleh AWS. Jadual di bawah menunjukan kod AWS bagi elektrod tungsten yang terdapat di pasaran.

AWS Kod Klasifikasi

Warna

EWP

Hijau

EWCe - 2
Gray
EWLa - 1.5

Kuning

EWLa - 2
Biru
EWG
Bergantung kepada pengeluar

EWTh - 2

Merah
EWZr - 1

Coklat

Jadual  : Kod warna tungsten

**BERSAMBUNG

Catat Ulasan

0 Ulasan