PIPE SPOOL FINAL INSPECTION.
penerangan ini membolehkan pelatih mengenali peralatan yang digunakan bagi proses pemeriksaan akhir pipe spool. Pengenalan ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar dengan lebih terperinci tentang peralatan-peralatan yang akan digunakan dan prosedur, standard yang digunapakai untuk memeriksa kualiti akhir pipe spool. Pengetahuan ini juga dapat membantu pelatih menjalankan kerja pemeriksaan akhir pipe spool dengan cara yang betul bagi menghasilkan kualiti pipe spool yang baik.
Maksud pipe spool atau spool piece merujuk kepada bahagian yang terdapat dalam sesuatu paip sistem seperti paip, fitting dan flanges yang difabrikasi dan disambung mengikut lukisan Isometrik. Kesemua bahagian ini difabrikasi dibengkel paip atau pipe workshop dan dihantar ke tempat projek untuk disambung menjadi satu sistem paip yang lengkap. Cara pengendalian dan pengangkutan pipe spool bergantung kepada paip saiz tersebut dan mengikut kesesuaian, keadaan ditempat kerja atau ditapak projek.
Rajah 1.1 : Contoh pipe spool
Rajah 1.2 : Cara pengendalian pipe spool ditempat kerja
1. PROSEDUR PEMERIKSAAN PIPE SPOOL
Sebelum memulakan Pemeriksaan akhir untuk pipe spool, seorang pipe fitter dan inspector perlu memahami prosedur pemeriksaan Pipe spool. Tujuan prosedur ini diwujudkan adalah untuk memastikan semua aktiviti ujian dan pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan boleh dijalankan mengikut sistem identifikasi spesifikasi yang ditetapkan.
Skop kerja pemeriksaan untuk final pipe spool ini adalah seperti berikut:-
i. Pemeriksaan Line number (spool number)
ii. Pemeriksaan Joint Number
iii. Pemeriksaan Pipe alignment
iv. Pemeriksaan Material specs
v. Pemeriksaan Visual test (VT)
vi. Pemeriksaan Non-Destructive Test
Untuk pemeriksaan item i) hingga iv) ia akan dilakukan oleh pipe foreman atau pipe supervisor. Manakala untuk item v) dan vi) ianya dilakukan oleh Welding Inspector dan NDT Inspector. Untuk item v) dan vi) pihak paip supervisor perlu mengemukakan borang inspection requestion seperti jadual 1 dibawah kepada pihak Quality Control sebelum mereka membuat inspection.
Rujukan setiap pemeriksaan yang dinyatakan di atas adalah seperti berikut:-
i) Inspection Test Plan
ii) Record and control procedure
iii) NDT Matrix
iv) NDE and Weld Map
Bagi membuat pemeriksaan Pipe Spool Final Inspection seorang pipe fitter perlulah mengisi borang NOI (Notification Of Inspection).
Rajah 2.1: : Contoh NOI
Selepas mengisi borang NOI kemudian isikan boring Material Verification and Fit Up (MVFAUR) Report- Piping semasa menjalankan proses pemeriksaan pipe spool.
Maklumat yang perlu ada dalam borang MVFAUR perlu ada
i. Nama Projek
ii. Nama Syarikat
iii. Drawing No.
iv. Report No.
v. Tarikh
vi. Sistem
vii. Disediakan oleh
viii. Diperiksa dan diterima oleh
ix. Disaksikan oleh wakil syarikat
*Bersambung
*Bersambung
0 Ulasan