Mengenali simbol-simbol keselamatan di tempat kerja.

Mengenali simbol-simbol keselamatan di tempat kerja. (L-1).

Sebagai seorang pipe fitter yang hebat...kita haruslah mengetahui setiap makna simbol yang ada di tempat bekerja. Ianya amat penting untuk keselamatan diri, rakan dan harta benda di mana tempat



kita bekerja. Di sini cikgu cuba terangkan makna simbol-simbol yang kebiasaannya ada di tempat kerja terutamnya melibatkan pipe fitter bekerja.




1. Simbol Amaran (Awas)
Simbol amaran keselamatan seperti di bawah, adalah untuk memberi petunjuk kepada sesuatu yang berbahaya dan perlu dielakan atau dijauhi. Langkah berjaga-jaga yang ketat perlu diberitahu dan dipatuhi sekiranya mengunakan dan mengendali bahan-bahan yang berisiko seperti bahan mudah terbakar, mudah meletup, radioaktif dan sebagainya.


i. Papan tanda Kerja-Kerja Sedang dijalankan (Work in Progress)
Papan tanda (Work in Progress) memberi makna bahawa kerja-kerja pemasangan paip sedang dijalankan.Setiap orang yang berada di tempat tersebut dikehendaki berwaspada sepenuhnya.



ii. Papan Tanda Kawasan Berbahaya (Danger Area)
Papan tanda bahaya membawa maksud kawasan kerja/tapak pembinaan yang tidak boleh dimasuki oleh orang lain selain daripada pekerja binaan.

iii. Papan tanda Kawasan Pusat Perhimpunan kecemasan 
     (Emergency Assembly point).
          Merupakan tempat bergumpul/perhimpunan bagi para pekerja sekiranya berlakunya sebarang kemalangan di kawasan tempat kerja.



RUJUKAN :
Ibrahim Che Muda dan M. Ramudaram(2010), Teknologi Bengkel Mesin, Dewan Bahasa dan Pustaka, ISBN:983-62-1233-7

Catat Ulasan

0 Ulasan