LUKISAN TEKNIK DENGAN BANTUAN PERISIAN AUTOCAD (part 2)

ASAS BANTUAN PERISIAN AUTOCAD.

1. PENGENALAN ASAS BANTUAN PERISIAN AUTOCAD

Autocad adalah satu perisian yang direka bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi kerja-kerja melukis. Penggunaan perisian ini terbukti dapat menghasilkan sesebuah lukisan dengan cepat dan kemas. Selain dari itu perisian juga dapat membantu mengubah sesebuah lukisan sekiranya terdapat masalah yang mungkin dikesan sewaktu kerja pembinaan di tapak pembinaan.
1.1. Penerangan Perisian AutoCAD 2007
Terdapat berbagai-bagai versi bagi perisian ini. Antara yang paling awal dikeluarkan bermula dari Autocad Release 1.0 sehingga yang terkini Autocad 2014, Persisian ini boleh pasang pada operasi sistem komputer seperti berikut:-
· Microsoft windows  XP Profesional.
· Microsoft Windows XP Home Edition.
· Microsoft Windows 2000.
· Microsoft Windows NT 4.0 (SP6a or later).



1.2.  Pointing Device Alat untuk mensasar titik
Terdapat dua jenis tetikus yang digunakan untuk mensasarkan titik
sasaran iaitu :-
· Tetikus dengan tiga butang klik.
· Tetikus dengan dua butang klik.
Tetikus ini digunakan untuk memsasarkan tempat pada paparan lukisan supaya pelajar dapat menentukan tempat di mana sesuatu garisan bermula atau mengubah tempat sesuatu garisan yang hendak dipindahkan.

1.3. Windows Toolbars
Terdapat icon – icon arahan pada windows toolbars. Apabila pelajar membawa alat sasaran ke icon – icon yang terdapat pada windows toolbar nama icon tersebut akan di paparkan. Oleh yang demikian memudahkan untuk pelajar untuk mengenali icon tersebut.

1.4. The Command Line
Command line adalah merupakan tempat di mana arahan – arahan yang telah diberikan akan disoal kembali oleh perisian tersebut dan menanti arahan selanjutnya untuk melengkapkan sesuatu arahan. Pelajar perlu membaca pertanyaan yang di tulis pada commond line setiap kali memberi arahan baru.

                                                            Rajah Command line

1.1. Save And Save As
Terdapat dua cara untuk menyimpan lukisan yang telah siap. Arahan save adalah digunakan untuk menyimpan lukisan yang telah siap dulukis manakala arahan save as pula adalah untuk menyimpan lukisan yang pertama kali di simpan.

1. PENGHURUFAN DAN ANGKA.

Di dalam perisian autocad  terdapat berbagai jenis tulisan yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai saiz mengikut ketinggian yang dikehendaki. Terdapat tiga jenis huruf yang biasa digunakan untuk tulisan dalam lukisan iaitu gothic, roman dan txt. Huruf boleh ditulis dalam huruf besar ataupun huruf kecil. Daripada tiga jenis ini tulisan jenis gothic lazim digunakan kerana ia mempunyai gaya penghurufan yang mudah ditulis dan juga mudah difahami. Tulisan juga boleh laraskan secara penghurufan tegak dan juga penghurufan condong, selain itu tulisan juga boleh di hitamkan (Bold).

KETEBALAN
PENGGUNAAN
5 mm atau 6 mm
Tajuk lukisan atau penerangan penting
3 mm
Dimensi dan nota penting
2 mm
Nota-nota tambahan

Rajah  6-0 Ketebalan garisan

2. PENYEDIAAN KERTAS LUKISAN

Sebelum memulakan kerja  melukis pelajar perlu menyediakan kertas lukisan berserta dengan blok tajuk terlebih dahulu. Ini adalah kerana setiap lukisan yang dihasilkan mestilah mempunyai block tajuk yang terdiri daripada beberapa perkara penting seperti tajuk lukisan, no rujukan lukisan, nama pemilik, nama pelukis, butiran-butiran petunjuk, senarai bahan dan berbagai-bagai lagi perlu dilukis bagi membolehkan sesebuah lukisan itu dapat difahami oleh orang lain



Rajah: Contoh lukisan blok tajuk

1. CARA PENGGUNAAN COMMAND AUTOCAD

Terdapat dua toolbar yang perlu dipelajari oleh pelajar sebelum dapat memulakan kerja – kerja melukis dengan menggunakan perisian autocad. Antara toolbar tersebut ialah toolbar draw dan toolbar modify. Arahan – arahan yang terdapat pada toolbar draw ialah seperti berikut 
Rajah  8-1 Icon line

Garisan adalah merupakan perkara yang paling asas dalam mebina sebuah lukisan. Garisan boleh dilukis secara satu sekmen atau bersambung antara garisan atau dengan membuat sambungan di tengah garisan.  Setiap garisan yang di lukis boleh di ubah dipecahkan dari setiap sambungan. Anda boleh mengetahui satu garisan mesti terdiri dari tiga titik iaitu titik mula, titik akhir dan titik hujung. Bagi melukis garisan taip LINE pada commad line box dan tetapkan titik mula diikuti dengan titik akhir atau dengan cara memberi satu nilai panjang garisan tersebut.
Bagaimana commond line berfungsi. Anda juga boleh menggunakan icon pada toolbar draw. Klik pada icon. Kemudian tentukan titik permulaan garisan dan titik kedua untuk membentuk satu garisan. Ini adalah kerana satu garisan terdiri dari dua titik.
1.1. Lukis Construction Line

 Rajah  Icon construction line

Construction lines dan reference points adalah merupakan garisan yang dilukis bagi memdahkan lukisan dilukis dengan tepat. Lukis construction lines atau xline. Line ini akan dilukis secara memanjang tanpa had merentasi ruang lukisan dalam satu, dua atau lebih dalam satu arahan. Setelah itu garisan pembayang boleh dilukisa berpandukan construction lines secara berturutan, ia digunakan sebagai pentunjuk garisan bagi melukis luksan sebenar. 

Sebagai contoh anda boleh menggunakan construction line untuk mencari titik tengah segitiga, menyediakan beberapa sudut pandangan sesebuah objek, atau mewujudkan pembahagian objek bagi menghasilkan objek snaps. Infinite lines tidak akan mengubah keluasan sesebuah lukisan.
Bayangan garisan mempunyai dimensi yang infiniti tetapi tidak akan menjejaskan lukisan apabila di zoom atau melihat dengan menggunakan paparan viewpoints. Anda boleh move, rotate, dan copy infinite lines sepertimana anda boleh move, rotate, and copy lain-lain objek. Anda seharuhnya melukis infinite lines dengan menggunakan teknik layer supaya garisan tersebut dapat hilangkan secara sementara sewaktu kerja-kerja mencetak lukisan dilakukan

Construction lines boleh dilukis secara menegak, melintang dan berbagai sudut lagi pada satu titik yang di pilih.
Sudut. Membina construction line satu dari dua garisan. Salah satu dari kaedah ialah dengan cara memilih garisan rujukan kemudian tentukan sudut bagi construction line tersebut daripada garisan rujukan atau dengan kaedah melukis construction line terus dimasukan sudut sepertimana yang dikehendaki tanpa perlu merujuk mana-mana garisan.


*BERSAMBUNG

RUJUKAN :
Mohd. Ramzan, Badri dan Yahya (2008).”Lukisan Kejuruteraan Asas”, Penerbit, Universiti Teknologi Malaysia.


Mohd Fadzil Daud  Publisher 2010 “Panduan  Asas Lukisan Kejuruteraan Edisi Kedua”.Penerbit UTM Press


















Catat Ulasan

0 Ulasan