Jenis-jenis pemadam api (part 2)
1.1. Pemadam Api Jenis buih (foam)
Berwarna kuning krim, dengan muatan berat 10kg. Jarak semburan antara 4-5 meter. Mengandungi dua bahagian di mana tabur luar diisi dengan campuran 8% Sodium Bikar-bonate dan Stabalizer. Stabalizer terdiri dari Saponis (serbuk tulang) atau Turkey Oil dan darah (3%).
Manakala tabung dalam pula mengandungi 13% Alluminium sulfik . Cara menggunakan ialah dengan menarik Plunger, lalu terbalikkan tabung dan menghala ke arah kebakaran hingga habis.
Apabila aluminium sulfik dan larutan sodium karbonate bercampur akan berlakunya tindakan kimia dan mengujudkan semburan buih. Api kebakaran akan dipadamkan secara menyelimut. Ia amat sesuai untuk api
1.2. Pemadam Api Jenis Carbon Dioxide (CO2)
Tabungnya berwarna hitam dengan berbagai-bagai saiz. Gas Carbon dioxide dimampatkan pada suhu 744 psi. Mempunyai salur getah dan serombong supaya semburan dapat dihalakan dengan tepat ke arah kebakaran. Cara menggunakan ialah menanggalkan pin keselamatan, menekan tuas penekan dan halakan pada api. Jika api telah padam semburan boleh dihentikan dan digunakan pada masa yang lain. Kebakaran dipadamkan secara menyelimuti dan menyejukkan. Amat sesuai untuk api kelas B dan C.
1.3. Pemadam Api Jenis Debu Kering (Dry Chemical Powder)
Jenis ini juga terbahagi kepada Dua jenis iaitu :-
· Jenis Kartus ( Cartridge )
· Jenis Tekanan simpan ( Store Pressure )
Silindernya berwarna Biru Muda, Terdapat berbagai-bagai saiz. Bagi saiz 10kg ia mempunyai jarak pancutan 4 hingga 6 meter.
Di dalam tabung di masukkan debu kering dan tekanan udara mampat. Debu kering pula adalah terdiri dari 97% sodium Bicarbonate 11/2 % Magnesium Stearate 1% Magnesium Carbanate dan ½% Tricalcium Phosphate. Semasa menggunakannya pastikan kedudukan menyembur berada di atas angin.
Alat ini memadam api secara menyelimut dan melemaskan dapat memadamkansemua jenis kelas api Untuk api kelas D ia menggunakan debu kering jenis Tenery Eutectic Chloride ( T. E.C. ).
KELAS API
|
PUNCA KEBAKARAN
|
JENIS PEMADAM API YANG SESUAI
|
KELAS A
|
Kayu
Kertas
Kain
Sampah sarap
|
a. Alat pemadam api
jenis Api
b. Alat pemadam api jenis
debu kering
c. Menggunakan Air jenis
semburan
|
KELAS B
|
Minyak
Cat
Varnish
Getah
Plastik
|
a. Alat pemadam api jenis
buih ( foam )
b. Alat pemadam api jenis
debu kering
c. Alat pemadam api jenis
Carbon Dioxide
d. Alat pemadam api jenis
wap/ Halogeneted
Hydrocarbon
e. Air secara semburan
|
KELAS C
|
Gas Butane
Gas Propane
Gas Acetylene
Gas Haidrojan
Gas Amonia
Kebocoran Elektrik
|
a. Alat pemadam api jenis
debu kering.
b. Alat pemadam api jenis
carbon dioxide.
c. Alat pemadam api jenis
wap/ Halogened
Hydrocarbon.
|
KELAS D
|
Logam potassium
Logam sodium
Logam calcium
Logam Magnesium
Bukan logam sulfur
Phosphorous
|
a. Pemadan api jenis
carbon graphite
b. Pemadam api jenis
soda Ash
c. Pasir kering
d. Pemadam apo khas
debu kering jenis
Tenery Eutectic
Chloride ( T.E.C )
|
2. BAGAIMANA CARA MENGUNAKAN ALAT PEMADAM API?
Ingat akronim, “P.A.S.S.”
P... Pull out safety pin
Cabut kunci picu
A...Aim extinguisher nozzle at the base of the flames
Halakan pemancur alat pemadam api ke pangkal api
S...Squeeze trigger while holding the extinguisher upright
Tekan pemicit semasa memegang alat pemadam api secara
menegak
S...Sweep the extinguisher from side to side, covering the area
of the fire with the extinguishing agent
Gerakkan alat pemadam api supaya meliputi kawasan kebakaran dengan agen pemadam api
3. BAGAIMANA MEMERIKSA ALAT PEMADAM API?
· Kenalpasti lokasi pemadam api di kawasan tempat kerja anda.
· Pastikan kelas pemadam api selamat digunakan pada tempat yang kemungkinan berlaku kebakaran.
· Periksa ‘seal’ plastik pada pin pemadam api. Adakah ia telah di usik/gunakan? Lapurkan kepada pihak bomba jika terdapat kesan penggunaan.
· Perhatikan kepada ‘gauge’ dan rasa berat pemadam api.
· Pemadam api yang mempunyai ‘gauge’, jarum penunjuk seharusnya berada pada petak hijau.
· Pemadam api jenis CO2 adalah bertekanan tinggi dan perlu ditimbang oleh mereka yang berkenaan untuk menentukan berat kandungan pemadam api.
4. BAGAIMANA MENCEGAH KEBAKARAN?
4.1. Kelas A (Kebakaran Biasa)
Tempatkan kain perca berminyak dalam bekas bertudung. Kawasan kerja dan tempat simpanan barangan perlu bersih dari sampah sarap.
4.2. Kelas B (Cecair atau Gas mudah Terbakar)
· Jangan mengisi minyak ke dalam mesin/alat di tempat sempit terutama dekat dengan punca api seperti dapur pelebur/pemanas.
· Jangan mengisi minyak ke dalam mesin/alat semasa masih panas
· Simpan bahan cecair mudah terbakar dalam bekas kedap dan kalis tumpah. Ambil dari simpanan kuantiti yang hendak diguna terus.
· Simpan cecair mudah terbakar jauh dari punca arka/bunga api
· Guna cecair mudah terbakar hanya di kawasan peredaran udara yang baik.
4.3. Kelas C (Peralatan Elektrik)
· Periksa pendawaian lama, penebat lusuh dan pepasangan/peranti yang rosak
· Cegah motor daripada kepanasan. Bunga api dari motor boleh mencetus penyalaan dari habuk dan minyak.
· Jangan ganti fius dalam litar yang lebih dari kadaran.
· Periksa peralatan dari bau luar biasa. Bau ini boleh menjadi tanda awal kebakaran.
· Jangan guna beban lebihan untuk soket
4.4. Kelas D (Logam Mudah Terbakar)
· Logam mudah terbakar seperti magnesium dan titanium memerlukan punca api yang tinggi untuk menyala. Tetapi bila ia menyala adalah amat sukar untuk dipadam disebabkan tindakbalas pembakaran menghasilkan oksigen untuk menyokong pembakaran walaupun dalam air.
· Logam asli seperti potassium dan sodium bertindak secara pantas (boleh meletup) dengan air dan bahan kimia yang lain. Logam ini perlu disimpan dalam bekas kedap khas yang berisi cecair ‘non-reactive’ supaya tidak terdedah kepada udara lembap.
· Pengetahuan tentang ciri-ciri logam dan bahan kimia mudah terbakar adalah penting untuk mencegah atau mengawal tindakbalas kimia.
0 Ulasan