GERUDI MUDAH ALIH

 GERUDI MUDAH ALIH



1.1. Pengenalan
Mesin gerudi mudah alih kebiasaannya digunakan untuk kerja-kerja yang tidak dapat dilakukan dengan mesin gerudi tetap atau mesin gerudi meja.Jenis-jenis mesin gerudi mudahalih bagi kerja-kerja menggerudi adalah seperti berikut:



a) Gerudi Tangan dan Gerudi Dada
Ialah sejenis mesin gerudi yang dipusingkan dengan menggunakan kuasa tangan. Gerudi ini digunakan untuk kerja-kerja menggerudi yang ringan dan menggunakan mata gerudi yang saiznya sehingga 13 milimeter sahaja.





Gerudi tangan

b) Gerudi Tangan Elektrik atau Pneumatik
Ialah sejenis mesin gerudi mudah alih yang dipusingkan oleh motor yang menggunakan tenaga letrik atau oleh udara mampat. Mesin gerudi ini dapat menggerudi dengan lebih mudah dan cepat. Saiz gerudi yang digunakan ialah sehingga 19 milimeter garis pusat.
  
Gerudi tangan elektrik



c) Mesin gerudi
Mesin gerudi yang bertiang (Pedestal) terdapat dalam dua jenis iaitu, mesin gerudi meja (Bench drilling machine) dan mesin gerudi bertiang(Pedestal drilling machine) .Mesin gerudi meja digunakan untuk kerja kerja termasuk menggerudi lubang pada bahan bahan seperti kayu,plastik dan logam.Ia biasanya ikat dengan bolt dan nat pada permukaan meja kerja supaya bahan yang bersaiz besar boleh digerudi dengan selamat. Sejenis mesin gerudi yang lebih besar dinamakan mesin gerudi bertiang(Pillar drilling machine). This has a long column which stands on the floor. Mesin ini boleh menjalankan tugas sama seperti gerudi meja akan tetapi oleh kerana saiz nya yang lebih besar maka mampu untuk menggerudi lubang yang lebih besar.  

Bench drill


Pillar /Pedestal drill
1.2. Keselamatan mengunakan mesin gerudi
a) Sentiasa gunakan penghadang mesin.
b) Pakai pelindung mata setiap kali menggunakan mesin
c) Ikat bendakerja pada ragum mesin
d) Jangan memegang bendakerja dengan tangan semasa menggerudi
e) Sentiasa memberi ruang supaya serpihan dapat keluar dengan menggerudi sedikit sedikit
f) Ikut semua arahan dari pengajar.

2.0 Mata Gerudi (Drill Bits)

2.1 Gerudi Pintal (Twist Drill)
    Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am. Ia mempunyai dua lurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukkan pada garis pusatnya. Hujung matanya berbentuk kon dan dicanai supaya dapat menghasilkan sudut pemotong dan sudut kelegaan

                                                                     Gerudi pintal

    Terdapat juga gerudi pintal yang digunakan untuk kerja-kerja khas iaitu:

a) Gerudi pintal tiga lurah atau empat lurah (Core Drill)
Fungsinya ialah untuk meluaskan lubang yang sedia ada seperti lubang teras pada tuangan. Lurah dan bilangan matanya boleh memotong dengan lebih banyak, boleh menyokong  gerudi dengan lebih sempurna dan boleh menghasilkan permukaan lubang dengan lebih licin dan tepat.

 Gerudi pintal (Core drill)

b) Gerudi pintal lubang minyak (Oil Role Drill)
Lubang minyak perlu dibuat supaya bendalir pemotong boleh turun sampai ketepi mata pemotong. Jadi, mata gerudi dapat disejukkan dan dilincirkan, tatal keluar dengan lebih cepat dan sempurna. Gerudi jenis ini sesuai untuk kerja-kerja berat.
                                                   Gerudi pintal lubang minyak (Oil role drill)

c) Gerudi pintal pendek dan gerudi pintal panjang
Gerudi pintal pendek kurang bergegar, oleh itu ia mudah untuk memusatkan kerja. Gerudi pintal panjang pula berguna untuk menggerudi lubang yang dalam. Kedua-dua jenis ini biasanya mempunyai batang berbentuk lurus.

    Gerudi pintal pendek dan panjang

d) Gerudi pintal sudut heliks rendah dan sudut heliks tinggi
Bentuknya sama dengan gerudi pintal biasa, kecuali sudut heliksnya sama ada lebih kecil ataupun lebih besar daripada sudut heliks biasa. Sudut heliks biasa ialah 30 darjah. Keistimewaan gerudi pintal sudut heliks tinggi ialah, ia sesuai untuk menggerudi logam tempawan dan logam liat. Selain itu, gerudi ini juga menghasilkan lubang yang dalam. Gerudi pintal sudut heliks rendah pula sesuai untuk menggerudi bahan-bahan plastik,  gentian (fiber), asbestos, bakelit dan logam-logam tiruan yang lain.



Gerudi pintal sudut heliks


2.2 Gerudi Lurah Lurus (Straight Flute Drill)
    Lurahnya selari dengan paksi. Ia digunakan untuk menggerudi bahan yang lembut seperti loyang, tembaga dan aluminium serta logam nipis kerana ia tidak tersepit atau terbolos semasa menembusi logam tersebut. Terdapat juga jenis gerudi lurah lurus yang mempunyai mata yang  diperbuat daripada tip tungsten karbida.  



 Rajah 2.3.2 : Gerudi lurah lurus

2.3 Gerudi Rata (Spade Drill @ Flat Drill)
    Gerudi ini berbentuk ringkas, matanya ditempa kepada bentuk yang sesuai. Sudut pemotongnya dicanai 90 darjah dan sudut kelegaan pula antara 5 darjah hingga 12 darjah bergantung pada  jenis logam yang digerudi. Gerudi ini semakin kurang digunakan pada masa ini kerana banyak terdapat kekurangannya. Antara kekurangannya ialah lubang yang dihasilkan tidak berapa bulat, saiz tidak tepat dan tatal sukar dikeluarkan.

Gerudi rata
2.4 Gerudi Benam (Countersink Drill)
    Gerudi ini mempunyai banyak mata pemotong yang terdapat pada hujungnya dan   berbentuk kon. Sudut matanya ialah 90 darjah hingga 120 darjah. Gerudi benam digunakan khas untuk menghasilkan lubang benam supaya skru benam atau rivet boleh dipasang. Ia juga digunakan untuk membersihkan bibir lubang.
  Rajah 2.3.4 : Gerudi benam (Countersink)
2.5 Gerudi Pusat (Centre Drill)
Mata gerudi ini terdapat dikedua-dua hujungnya. Gerudi pusat biasa mempunyai sudut pemotong 60 darjah sementara jenis loceng mempunyai sudut berkembar 60 darjah dan 120 darjah dikedua-dua hujungnya. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu daripada 3 mm keatas. Kegunaan gerudi pusat ialah untuk kerja-kerja pemusatan samaada pada mesin pelarik atau mesin gerudi.

2.6 Gerudi Lubang Senggat (Counter Bore)
    Gerudi ini digunakan untuk membuat lubang senggat bagi menempatkan kepala skru Allen serta untuk melincinkan permukaan bintik 9spot face) dan juga untuk menyediakan tempat kedudukan nat, kepala pasak atau lengkangnya.

                                                 Gerudi lubang senggat (Counter Bore)

3.0 Penjagaan Dan Keselamatan
Langkah-langkah keselamatan hendaklah diberi perhatian semasa menggerudi bagi mengelakkan kemalangan dan menambahkan lagi jangka hayat mata gerudi.
i. Pengadang (guard) mestilah dipasang pada tempatnya sebelum operasi menggerudi dilakukan.
ii. Pakaian mestilah kemas dan rambut hendaklah pendek supaya tidak tersangkut semasa menggerudi.
iii. Bendakerja hendaklah diapit atau diikat dengan kemas, supaya ia tidak terpelanting semasa menggerudi.
iv. Perhatian khas hendaklah diberi apabila gerudi hampir sampai kepenembusan lubang.
v. Menggerudi plat nipis adalah merbahaya, perhatian yang lebih perlu diberikan
vi. Berhenti menggerudi dengan serta merta apabila gerudi kelihatan panas.
vii. Perhatikan gerudi yang digunakan berputar mengikut kelajuan yang betul.
viii. Pastikan anda menggunakan penyejuk (coolant) semasa menggerudi kecuali pada bahan tertentu.

RUJUKAN:
Zakaria Saad (2006): “Teori Dan Teknologi Mekanikal”, Dewan Bahasa Dan Pustaka
Rajendra Simh, (2010) :Introduction to Basic Manufacturing Process and Workshop Technology,New Age International, ISBN: 8122418465


Catat Ulasan

0 Ulasan