GTAW (Part 1)

 1.PERALATAN DAN ALAT TAMBAHAN KIMPALAN GTAW.


Penerangan ini membolehkan pelatih mengenali peralatan yang digunakan bagi proses kimpal gas
tungsten arc welding (GTAW). Pengenalan ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar dengan lebih terperinci peralatan-peralatan yang akan digunakan di samping cara menjaga peralatan tersebut supaya sentiasa berada di dalam keadaan selamat digunakan. Pengetahuan ini juga dapat membantu pelatih menjalankan kerja mengimpal dengan cara yang betul bagi menghasilkan kualiti kimpal yang baik.

Dalam proses kimpal GTAW  perkataan tungsten  adalah rujukan daripada unsur-unsur asli dan terdiri dari berbagai campuran pancalogam  alloys pada elektrod tungsten. Ia adalah bahan tanpa gunahabis  dimana ia tidak cair bersama logam kimpal seperti yang terjadi pada proses kimpalan SMAW, GMAW dan SAW, yang mana elektrod bertindakbalas sebagai logam penambah.
Fungsi elektrod tungsten adalah sebagai  terminal letrik bagi arka kimpalan yang mana membekalkan haba yang diperlukan. Suhu takat lebur ialah 3410°C  dengan ini tungsten dihabakan pada suhu yang tinggi  dan menjadi thermionic dan ini akan mengeluarkan eletron.

Terdapat  tujuh jenis elektrod tungsten yang digunakan untuk bagi proses kimpalan GTAW. Elektrod ini yang berukuran 150mm panjang  dan bergarispusat  1.2mm hingga 5.0mm yang mana ia mempunyai kadar arus minima dan maksima pada setiap jenis elektrod. Apabila  arus yang terlalu tinggi digunakan ia akan menjadi terlalu panas dan terbakar dan jika sebaliknya ia akan menunjukkan arka yang tidak tepat. Tahap kecairan elektrod tungsten ialah 3422°C

 2. Peralatan mengimpal GTAW
2.1. Punca tenaga
Setiap mesin mengimpal memerlukan punca tenaga untuk membolehkan mesin beroperasi. Mesin kimpalan menggunakan tenaga elektrik AC. Tidak kira samaada punca elektrik diambil terus dari punca kuasa utama atau dengan menggunakan penjana kuasa elektrik (generator). Ada mesin yang beroperasi dengan bekalan kuasa fasa tunggal 240 volt dan ada juga yang menggunakan bekalan tiga fasa 415 volt. Rajah di bawah menunjukan suis bekalan punca kuasa yang di ambil terus dari punca kuasa elektrik.
Rajah : Punca bekalan kuasa mesin kimpal

2.1. Mesin kimpalan GTAW
Terdapat berbagai-bagai jenis pengeluar mesin kimpal bagi proses GTAW yang mana setiap pengeluar mempunyai pelarasan mesin yang tersendiri. Walaubagaimanapun antara perkara asas yang perlu ada adalah seperti berikut:
· Menggunakan bekalan kuasa arus ulang-alik AC samaada dari punca fasa tunggal 240v atau tiga fasa 415v.
· Mesin mestilah boleh dilaras samaada menggunakan arus ulang-alik AC, (hight frequincy), arus terus DC samaada secara kekutuban terus (straight polarity) atau secara kekutuban berbalik (reverse polarity).
· Suis pada torch boleh dilaraskan samaada secara automatik atau manual.
· Mempunyai alat kalawan jauh bagi melaraskan arus sekiranya pengimpal berada jauh dari mesin kimpal.
· Mesin kimpalan GTAW menggunakan sistem penyejuk udara (kipas penyejuk)  dan penyejuk air (water cooler).
· Arus mengimpal boleh dilaraskan diantara 4amp hingga 400amp.
· Arus ulang-alik AC current digunakan pada proses pengimpalan aluminium dan  aluminium alloy.
· Arus terus DC current digunakan bagi mengimpal keluli tahan karat (stainless steel), keluli lembut, copper, tatinium dan nikel alloys.
· Terdapat juga mesin yang telah dicantumkan kedua-dua jenis arus AC dan DC. Pada mesin tersebut terdapat unit kawalan yang membolehkan pengguna membuat pelarasan.
Rajah 2.1 : Mesin kimpal proses GTAW


2.2. Torch kimpal GTAW
Torch adalah merupakan alat yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja mengimpal. Bagi kimpalan proses GTAW torch yang digunakan adalah khusus untuk proses ini sahaja. Torch tersebut tidak boleh digunakan untuk kimpal bagi proses lain. Terdapat berbagai-bagai jenis bentuk torch tetapi komponen dalam adalah sama. Pada bahagian ini terdapat suis untuk menghidupkan “On” dan mematikan “Off” arka. Fungsi torch adalah sebagai alat yang di gunakan untuk melakukan kerja-kerja kimpal GTAW. Tanpa torch kerja mengimpal tidak dapat dijalankan.



Rajah 2.2 : Torch kimpal proses GTAW

2.3. Keratan rentas bahagian dalam torch.

Rajah di bawah merupakan keratan rentas komponen yang terdapat pada torch yang mana perlu diketahui sebelum kerja-kerja memasang peralatan tersebut di pelajari.
Dibawah ini adalah gambarajah  bagi torch yang mengunakan penyejuk air dimana ia boleh mengalirkan arus antara 5Amp hingga maksimum 400Amp.



Rajah 2.3: Keratan rentas torch dan komponen yang terdapat pada torch

2.4. Komponen- Komponen Torch GTAW

Electrod tungsten collet.

Kompenan yang penting bagi memegang tungsten. Terdapat dalam berbagai-bagai saiz sama dengan tungsten. Oleh yang demikian pemilihan komponen ini mestilah sama saiz dengan saiz tungsten. Saiz ada ditunjukkan pada bahagian hujung komponen.


Rajah : Electrod tungsten collet


B. Collet holder.

Kompenan ini pula digunakan sebagai pemegang kepada electrod tungsten holder. Dipasang dengan cara memutarkan pada torch. Juga terdapat dalam berbagai-bagai saiz mengikut saiz tungsten elektrod. Komponen ini juga perlu sama dengan saiz tungsten yang dipilih. 



Rajah  : Collet holder.
C. Cap

Cap digunakan untuk memutup bahagian belakang torch. Fungsi cap adalah untuk mengelakan daripada gas pelindung dari mengalir keluar dari bahagian belakang torch. Terdapat dalam berbagai-bagai saiz panjang atau pendek. Pada bahagian sambungan terdapat “O” ring yang dipasang bagi mengelak kebocoran. Cap juga dikenali sebagai back cap.


Rajah 1: Cap (Back cap)

**BERSAMBUNG 



RUJUKAN :

William H. Minnick .“Gas Tungsten Arc Welding handbooks” .2010
Martha A. Baker.“Gas Tungsten Arc Welding EW-470 Technical Guide”. 2007
Ivan H. Griffin, Edward M.Roden, Charles W. Briggs.Basic Tig & Mig Welding Third Edition. 2008


Catat Ulasan

0 Ulasan