KEPERLUAN UNTUK KERJA FABRIKASI PAIP.
Dalam proses pipe spool fabrication,tugas pertama yang perlu dilakukan oleh penyelia fabrikasi adalah mendapatkan butir butir serta keterangan pipe spool yang akan dihasilkan.Butir butir ini diperolehi melalui lukisan lukisan isometrik dan didapati dari pihak pengurusan syarikat.
Isometric drawing bagi sesuatu sistem paipan atau pipe spool merupakan orthographic drawing yang terperinci mengenai struktur paip 3D dalam bentuk lukisan 2D. Adalah menjadi amalan biasa diantara organisasi kejuruteraan untuk menghasilkan lukisan isometrik sistem paipan untuk menjelaskan segala buttir butir terperinci.Kemajuan alat computer aided design (CAD) telah membolehkan sistem perpaipan dimodelkan dalam bentuk 3D dan model 3D ini boleh digunakan oleh piping designer untuk menghasilkan lukisan isometrik dengan lancar.
Data yang terkandung dalam sesebuah lukisan isometrik.
· Lukisan isometric mengandungi data grafik yang menunjukkan hamparan 3 dimensi
· Setiap laluan paip yang lurus hendaklah ditunjukkan seberapa jelas yang boleh.Semua line numbers bagi saluran paip yang ditunjukkan dengan jelas. line number ini menunjukkan jenis cecair yang disalurkan, kelas dan jenis paip serta pembalut nya. Di samping itu semua fitting termasuk, valves, flanges, elbows dll adalah ditunjukkan dengan jelas.. are clearly represented graphically.
· Satu jadual menerangkan setiap jenis fitting yang ditunjukkan dalam lukisan
Rajah 3.1: Menunjukkan contoh sebuah lukian isometric.
1.2. Mendapatkan dan memahami fabrication scope of work
Berikut Contoh skop kerja fabrikasi paip:
· Penyediaan Fabrication Drawings / Isometric drawings.
· Perolehan bahan bahan( Procurement of Materials)
· Kerja fabikasi termasuk menada, meMTOong,memutar dan mengimpal (rolling and welding) mengikut kehendak kod dan standard yang ditetapkan.
· Mengimpal mengikut ASME Sec IX oleh pengimpal yang kompeten/ bertauliah
· Ujian kebocoran (Hydro test) serta ujian ujian lain yang tidak memusnahkan
· Dokumentasi QA/QC dan as-built drawings
1.3 PERALATAN DAN PERKAKASAN
Setiap produk yang dibuat dalam bengkel fabrikasi adalah unik, bentuk serta kaedah pemasangannya adalah berbeza dari satu spool ke satu spool yang lain
Perkakas dan peralatan hendaklah disediakan disetiap stesen kerja, supaya fitter dan pekerja tidak membuang masa mencari alatan yang sesuai.Alat dan perkakas memenuhi sebahagian besar dari kawasan kerja.
Sesetengah tugasan , terdapat beberapa peralatan yang besar yang tidak digunakan dan jika boleh dipindahkan untuk memberi lebih ruang berkerja serta membuka stesen kerja baru.
Kesan daripada memindahkan peralatan yang tidak digunakan dari bengkel kerja yang sedang beroperasi boleh mengambil contoh seperti membangunkan pelan susunatur bengkel.
1.4. Mesin dan perkakasan
Rajah 1.4: Senarai mesin dan perkakasan dalam prodesur fabrikasi
1.5 Peralatan tangan
· Alat mengukur dan menanda aras
· Alat pengapit (clamps)
· Alat tangan- Spanner, screw driver, file, plumb etc.
· Alat mengangkat- Belts, Chain, Chain Block, Hoist, Shackle, Spread bar, hydraulic jack, Pipe Rollers, Ropes etc.
· Peralatan elektrik seperti grinder, mesin drill, mesin buffing dan sebagainya.
· Pipe Stand
· Perancah
2. KESIHATAN, KESELAMATAN DAN PERSEKITARAN
Adalah menjadi tanggungjawap kontraktor untuk menjalankan semua tugasan dan kerja
dengan selamat dan mengenalpasti semua hazad dan amalan yang tidak selamat.Satu
JOB SAFETY ANALYSIS (JSA) yang baik perlu dibuat sebelum memulakan kerja.
Kontraktor akan menyerahkan rekod JSA kepada superintendent untuk diluluskan
sebelum aktiviti kerja dimulakan . Kontraktor akan menyediakan pelan pengurusan
kepada superintendents untuk diluluskan.
4. Job Safety Analysis (JSA) bermakna melihat tugasan dan memikirkan cara yang paling
selamat untuk menyiapkan nya.Ia adalah cara untuk untuk menjadi sedar akan hazad
yang terlibat semasa menjalankan tugasan dan cara untuk mengelakkan kecederaan.
2.1. Job Safety Analysis Worksheets
Banyak tugasan dilakukan berulang ulang dan mungkin dilakukan bertahun tahun, kadang \
kadang dilakukan dengan selamat dan kadang kadang tidak selamat.Sebelum melakukan
tugasan , adalah perlu untuk memikirkan cara yang paling selamat untuk menjalankan nya.
Kertas kerja JSA ini akan membantu dalam menilaikan risiko dalam menjalankan tugasan.
2.2. Ikut langkah langkah ini untuk menghasilkan JSA.
· Dokumenkan aktiviti: Kumpulkan semua yang terlibat dengan aktiviti, kamudian
menggunakan Borang JSA tuliskan tugasan(task) yang membentuk aktiviti
langkah demi langkah.
· Kenalpast hazad:Selepas setiap tugasan , kenalpasti bahagian mana
yang yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada yang melakukan
kerja atau orang lain yang berdekatan.
· Catatkan langkah langkah kawalan: Bagi setiap hazad yang dikenalpasti ,
Senaraikan langkah yang perlu untuk mengurangkan atau menghapuskan
sebarang kecederaan kepada yang terlibat.
· Kenalpasti siapa yang bertanggungjawab:Catatkan nama orang yang
Bertanggungjawab mengendalikan langkah langkah pencegahan.
· Pengawasan dan kajian semula: Pastikan aktiviti diseliakan untuk
memastikan prooses yang dicatatkan dipatuhi dan dilaksanakan.JSA perlu
dikaji semula apabila terdapat aktiviti berubah dari yang dicatatkan.
2.3. Dalam bengkel kerja
· Peraturan keselamatan tempat kerja mesti dipatuhi setiap masa oleh
kontraktor dan pekerja pekerja.
· Pelan keselamatan tempat kerja di ……akan dikendalikan oleh syarikat…….
Bahagian Safetyand Environmental Management System .
· Kontraktor HSE Manager hendaklah memastikan kerja dijalankan mematuhai
approvedConstruction Safety Manual dan pencegahan yang terkandung
dalam permit kerja. Beliau hendaklah memastikan penghadang,pita
amaran,tanda amaran,alat pemadam api serta kotak/peti kecemasan
(barricades, warning tapes, warning signs, firefighting equipments and first aid kits)
sentiasa disediakan ditempat kerja.
· Tool box talk hendaklah diadakan pada setiap hari untuk memberitahu pekerja
pekerja tentang isu isu keselamatan semasa dan insiden insiden serta untuk
mendapat maklumbalas tentang kelakuan tidak selamat yang tidak dilaporkan.
Maklumat ini kamudian akandiproses dan diselesaikan.
2.4. PROSEDUR PENCEGAHAN KEMALANGAN DAN KESELAMATAN
(Accident Prevention Safety Procedures)
· Kawasan kerja hendaklah dihadang secukupnya sebelum kerja kerja
mengangkat dilakukan
· Semua peralatan mesti diperiksa dan dalam keadaan baik sebelum
memulakan kerja.
· Orang yang tidak berkenaan mestilah dilarang memasuki kawasan kerja.
· Kapasiti dan Had muatan peralatan / jentera mengangkat hendaklah dipastikan.
· Apabila mengangkat, pekerja mestilah jauh dari kawasan mengangkat.
· Mengamalkan standard yang mencukupi dalam pemasangan dan pembinaan
peranca dan pentas kerja.
· Papan tanda amaran yang mencukupi.
· Memastikan semua alat/ jentera pengangkat mempunyai sijil yang sah.
· Hanya pekerja yang dibenarkan sahaja akan hydraulic lift.
· Pepasang dan peralatan elektrik mestilah mematuhi stardard.
· Alat pemadam api yang mencukupi hendaklah disediakan berhampiran dengan
kerja kimpalan,pemotongan dan kerja panas yang lain.
· Kawasan kimpalan hendaklah dilindungi dengan lapisan kalis api fire blankets.
Bahan bahan Consumable dalam lingkungan 15 meter hendaklah dialihkan.
· Tidak dibenarkan berdiri dibawah muatan yang diangkat .Selepas tugasan diselesaikan,
kawasan kerja hendaklah dibersihkan dan dikemaskan.
Analisa hazad dan mesti dibuat sebelum memulakan kerja.
#Bersambung
0 Ulasan