Jadual perancangan tenaga kerja pemasangan paip.
Setiap kerja memerlukan perancangan yang rapi..ianya penting bagi memastikan setiap perancangan berjalan dengan sempurna...petang ini...cikgu pipefitter83 akan menerangkan kepentingan perancangan tenaga kerja pemasangan paip.. semoga bermanafaat
Perkara yang pertama dilakukan adalah seperti berikut:
1.Meninterprasi lukisan isometrik
Setelah menginterpretasi lukisan Isometrik untuk fabrikasi paip, langkah seterusnya adalah untuk menyusun perancangan aktiviti fabrikasi paip. Penyusunan dibuat mengikut proses fabrikasi. Bermula dari penyediaan bahan fabrikasi sehinggalah pipe spools diuji (pre-commissioning). Setiap aktiviti mengandungi (manpower trade), tempoh masa (duration) dan hubungan diantara aktiviti.
2. Hubungan diantara aktiviti
Hubungan antara aktiviti biasanya dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:
· Finish to Start = Aktiviti 1 hendaklah disiapkan dahulu sebelum memulakan aktiviti 2
Contoh situasi: Aktiviti 1 - Mengukur dan menanda paip
Aktiviti 2 – MeMTOong paip yang telah ditanda
· Start to Finish = Aktiviti 1 bermula setelah aktiviti 2 disiapkan
Contoh situasi: Aktiviti 1 – Paip diuji (hydrotest)
Aktiviti 2 – Sambungan paip lulus ujian NDT
· Finish to Finish = Aktiviti 1 dan aktiviti 2 disiapkan secara serentak
Contoh situasi: Aktiviti 1 – Pipe spool A disambung di point X
Aktiviti 2 – Pipe spool B disambung di point X
· Start to Start = Aktiviti 1 aktiviti 2 bermula serentak
Contoh situasi: Aktiviti 1 - Pipe spool A dipotong pada hari pertama
Aktiviti 2 – Pipe spool B dipotong pada hari pertama
2.1Tempoh masa sesuatu aktiviti
Tempoh masa sesuatu aktiviti ditentukan melalui jumlah dia-inch bagi sesuatu kerja fabrikasi paip. Nisbah dia-inch dan tempoh masa, biasanya adalah 10 dia-inch : 1 hari. Contohnya untuk fabrikasi paip spool A yang besaiz 2 inch dan dipecahkan kepada 5 bahagian adalah bersamaan 2 inch x 5 bahagian = 10 dia-inch. Jadi tempoh masa untuk menyiapkan paip spool A adalah 1 hari penuh atau bersamaan 10jam hingga 12 jam.
2.2. Manhours
Manhours ditakrifkan sebagai jumlah tempoh berkerja didarab dengan kuantiti manpower. Contoh: Untuk kerja peMTOongan paip memerlukan 2 orang paip cutter dan memerlukan 5 jam bekerja. Jadi manhours untuk aktiviti peMTOongan paip adalah 2 orang x 5 jam = 10 manhours. Manhours boleh dikira mengikut aktiviti dan boleh dijumlah sehingga berapa hari berkerja. Pengiraan manhours ini adalah penting bagi menentukan pemberat aktiviti (Weightage).
2.3. Pemberat (Weightage)
Weightage ditakrifkan sebagai manhours bagi sesebuah aktiviti dibahagikan dengan keseluruhan jumlah manhours. Contoh: Jumlah manhours untuk aktiviti A adalah 250. Manakala jumlah keseluruhan manhours untuk projek fabrikasi paip adalah 1500. Jadi pemberat untuk aktiviti A adalah 250 dibahagi kepada 1500 bersamaan dengan 0.17. Weightage adalah amat penting untuk penentuan progress projek. Contohnya jika aktiviti A telah disiapkan 100%, ia menyumbang sebanyak 17% progress bagi keseluruhan projek.
2.4Jadual Perancangan
Untuk membuat jadual perancangan, selalunya mengunakan software perancangan yang tertentu. Software untuk membuat perancangan aktiviti paip biasanya seperti berikut:
· Microsoft project
· Primavera
· Athermis
· Microsoft Excel
Disini, pelajar akan didedahkan bagaimana mengunakan perisian Microsoft project untuk membuat perancang project. Perancangan dibuat setelah aktiviti fabrikasi disenaraikan melalui interpretasi lukisan piping Isometrik dan disusun mengikut proses fabrikasi. Ini adalah bagi menyenangkan seseorang foreman atau supervisor menyusun dan membuat jadual perancangan fabrikasi paip.
3. Membuat Jadual Perancangan
Langkah-langkah penyediaan jadual perancangan fabrikasi paip adalah seperti berikut:-
1. Open Microsoft project (Paparan muka)
2. Assign Resources (Tools > Assign Resources) untuk penentuan manpower trade
3. Masukkan manpower trade seperti rajah di bawah:
4. Masukan aktiviti fabrikasi pada column task name seperti rajah di bawah:
5. Grouping activities (Select activities > Indent):
6. Isi susunan dan hubungan pada column predecessor, dengan hubungan diantara aktiviti adalah Finish to Start seperti rajah di bawah:
7. Masukan tempoh masa (duration) bagi setiap aktiviti.
8. Masukan manpower trade dalam column resources name bagi setiap aktiviti.
9. Semak resources usage seperti rajah di bawah (View > Resources Usage).
#Bersambung
0 Ulasan