pipe fit-up inspection
Perform Pipe Fabriction Material
Checking merupakan cabang kepada pipe fit-up inspection dimana ia adalah satu proses yang perlu dilakukan oleh seseorang yang dipertanggung jawabkan oleh samaada Supervisor atau Foreman. Tujuannya adalah bagi memastikan setiap bahan yang diterima adalah mencukupi, mengikut masa, dalam keadaan baik dan mengikuti piawaian. Kebiasaannya sebelum sesuatu projek dimulakan tapak projek akan dikenal pasti terlebih dahulu sesuai dan keadaan sekelilingnya selamat untuk menjalankan kerja-kerja fabrikasi paip.
Foreman atau Supervisor akan mendapatkan senarai bahan-bahan yang perlu diterima berdasarkan Plan ISO di tapak projek. Pesanan bahan-bahan telah dibuat telebih dahulu dan tarikh penerimaan akan dimaklumkan atau ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan menyiapkan sesuatu projek.
Pengurusan bahan yang baik dan cekap menghasilkan;
- Perancangan bahan yang tepat akan menjimatkan kos inventori.
- Pembaziran sangat minima.
- Kecekapan penggunaan dan lebih baik pada ruang yang terhad dan sesak.
- Penghantaran dalam masa yang ditetapkan dapat mengurangkan pertelingkahan dengan pembekal.
- Bersedia untuk digunakan adalah nilai kecekapan membuat pesanan.
- Perolehan bahan yang cekap akan menyebabkan inventori mencukupi dan rendah modal kerja.
Berdasarkan Plan Isometrik Kili Paip (Pipe Spool Isometric) di bawah satu senarai pesanan bahan akan dilakukan setelah meneliti MTO (Material Take Of) yang dilakukan. Bahan-bahan yang perlu dibuat pesanan mestilah mengikut kriteria-kriteria berikut:
· Bahan yang betul mengikut pesanan
· Kelas @ Gred
· Rating
· Saiz atau garispusat yang betul
· Schedule yang betul
· Kepanjangan dan jumlah yang cukup
Ini semua adalah bertujuan semasa penerimaan nanti tiada masalah saperti bahan tidak mencukupi, bahan yang salah, tidak mengikut spesifikasi dan akan mengakibatkan projek tidak dapat disiapkan mengikut jadual.
1. PELAN LUKISAN ISOMETRIK (ISO DRAWING)
Rajah 1.1: Lukisan isometric paip
2. SENARAI BAHAN (MATERIAL LIST)
Rajah 2.1: Senarai bahan
Berdasarkan Material List yang pada Rajah 2.1 satu senarai contoh bahan bahan yang perlu
telah dilakukan bagi menyiapkan projek mengikut plan isometric pada Rajah 2.2.
JADUAL2.2 : SENARAI SEMAK BAHAN PROJEK
BIL.
|
PERIHAL BAHAN
|
SAIZ
(INS)
|
JUMLAH
|
CATITAN
|
1.
|
C. S PIPE API 5L Gred B SMLS SCH 40 ASME B36.1
|
4
|
1 Btg
| |
2.
|
C. S PIPE API 5L Gred B SMLS SCH 40 ASME B36.1
|
3
|
1 Btg
| |
3.
|
C.S TEE ASTM SMLS Sch 40 ASME B16.9
|
4 X 4
|
1 Nos
| |
4.
|
C.S CONC. REDUCER ASTM SMLS SCH 40 B16.9
|
4 X 3
|
1 Nos
| |
5.
|
C.S ECC. REDUCER ASTM SMLS SCH 40 B16.9
|
4 X 3
|
2 Nos
| |
6.
|
C.S FLANGED OUTLET ASTM A105 SCH 80 RF CL. 150
|
4 X 3/4
|
1 Nos
| |
7.
|
C.S FLANGED OUTLET ASTM A105 SCH 80 RF CL. 150
|
3 X 3/4
|
1 Nos
| |
8.
|
C.S 90 DEG. ELBOW ASTM SMLS SCH 40 ASME B16.9
|
3
|
2 Nos
| |
9.
|
C.S FLANGE ASTM A105 CL.150 WN.RF SCH 40 ASME B16.5
|
4
|
3 Nos
| |
10.
|
C.S FLANGE ASTM A105 CL.150 WN.RF SCH 40 ASME B16.5
|
3
|
2 Nos
| |
11.
|
C.S FLANGE ASTM A105 CL.300 WN.RF SCH 40 ASME B16.5
|
3
|
2 Nos
| |
12.
|
C.S BLIND FLANGE ASTM A105 CL.150 WN.RF ASME B16.5
|
3/4
|
2 Nos
| |
13.
|
GASKET (TS.0000) CL.150 RF THICK 4.5MM BS 3381
|
4
|
2 Nos
| |
14.
|
GASKET (TS.0000) CL.150 RF THICK 4.5MM BS 3381
|
3
|
2 Nos
| |
15.
|
GASKET (TS.0000) CL.600 RF THICK 4.5MM BS 3381
|
3
|
2 Nos
| |
16.
|
GASKET (TS.0000) CL.150 RF THICK 4.5MM BS 3381
|
3/4
|
4 Nos
| |
17.
|
STUD BOLT (FULL THREADED) HEX.NUT (HEAVY) ASTM
A193GR. B7/ A194GR.2H
|
3/4X 100mm
|
16 Nos
| |
18.
|
STUD BOLT (FULL THREADED) HEX.NUT (HEAVY) ASTM
A193GR.B7/ A194GR.2H
|
5/8 X 95mm
|
32 Nos
| |
19.
|
STUD BOLT (FULL THREADED) HEX.NUT (HEAVY) ASTM
A193GR.B7/ A194GR.2H
|
1/2 X 65mm
|
16 Nos
| |
20.
|
VTF210 BALL VALVE CL.150 ASTM 316.PTFE RF FULL BORE STD GASKET/PACKING
|
4
|
2 Nos
| |
21.
|
VTF210 GLOBE VALVE CL.150 ASTM A216GR.WCB/13CR RF STD GASKET/PACKING
|
3
|
1 Nos
| |
22.
|
VTF210 BALL VALVE CL.150 ASTM 316.PTFE RF FULL BORE STD GASKET/PACKING
|
3/4
|
2 Nos
|
*Tandakan √ sekiranya bahan yang diterima berkeadaan baik dan mengikut spesikasi.
*Tandakan X sekiranya bahan didapati bermasalah dan tidak mengikut spesifikasi.
Keperluan terhadap bahan fabrikasi paip (Pipe fabrication material requirements)
- Jenis (Types)
- Spesikasi (Specifications)
- Rating
- Quantity
Sistem Pengenalpastian Bahan
- Semua bahan untuk projek yang diterima akan dikenalpasti melalui warna BIRU dan KUNING kontraktor pembekal dan wakil klien
- Apabila bahan telah diperiksa dan boleh diterima, bahan akan ditanda dengan warna HIJAU bagi kedua-dua kontraktor dan klien pembekal bahan tersebut. Pengenalan warna tersebut hendaklah mengunakan semburan cat pada kedua-dua bahagian hujung bahan tersebut.
- Bagi membezakan gred atau kelas bahan paip yang berlainan, ia telah ditentukan mengikut warna. Sebagai contoh :-
*penandaan warna yang dibuat oleh syarikat (BROOKE DOCKYARD ENGINEERING.COOPRATION)
Material Grade Colour Code
| |
ASTM A333 Gr.3
|
Yellow
|
ASTM A333 Gr.6
|
Red
|
API 5L Gr. X65
|
Pink
|
A316L
|
Black
|
Duplex
|
Brown
|
· Kod Warna hendaklah ditanda mengunakan semburan cat memanjang disepanjang paip
· koordinator bahan bertanggungjawab untuk mengarahkan penjaga stor menanda kod warna pada bahan yang tiba dan juga memastikan ia ditanda dengan betul.
· Kod Warna Hijau digunakan oleh Material inspector terhadap bahan yang melepasi spesikasi ketika melakukan pemeriksaan bahan yang diterima.
3. PEMERIKSAAN BAHAN DAN CARA PENYIMPANAN
Setelah bahan bahan tersebut diperiksa dan didapati mencukupi, mengikut piawaian dan sempurna, pastikan diborang penerimaan ditandatangan dan dicop oleh kedua-dua pihak. Salinan perlu disimpan untuk rujukan sekiranya berlaku kemusykilan dikemudian hari.
Sekiranya terdapat masaalah berkaitan bahan bahan yang diterima hubungi Supervisor
atau Foreman dengan segera.
Bahan yang di terima perlu disimpan di tempat berbumbung dan selamat supaya tidak rosak atau hilang. Ia perlu disusun dengan sempurna mengikut ketogori. Susunan mestilah teratur supaya dilihat lebih kemas, memudah pengambilan bahan, memudahkan proses kenalpasti bahan dan memudahkan proses pengiraan stok.
Rajah 3.1: Merupakan contoh Sijil pendaftaran bahan yang dikeluarkan dari American Petroleum Institute
Rajah 3.2: Merupakan contoh MILL certificate yang dikeluarkan dari kilang.
4. KAEDAH PEMERIKSAAN SEMASA PENERIMAAN BAHAN
5 KAEDAH PENYUSUNAN BAHAN YANG DITERIMA
6. KEADAAN SUSUNATUR YANG KURANG SEMPURNA
Rajah 7.1: Susunan paip yang berselerak
Antara keburukan penyusunan yang tidak betul adalah:-
- Proses mengangkut atau memindahkan bahan adalah sukar
- Mengambil masa yang lama dalam pemilih bahan
- Berisiko kemalangan sewaktu mengendalikan pengeluaran bahan
- Banyak menggunakan ruang (pembaziraan ruang)
- Mewujudkan pemandangan yang tidak menarik
RUJUKAN :
1 John r. Wright dan Larry D. Helsel (1999).”Introduction to Material and Processes”, Penerbit,ISBN No.
2 pipefitter / jesse russell, ronald cohn/ 2012
3 piping and pipeline engineering/ george a.ataki/ taylor & francis e-library isbn 0-203-91115-6
0 Ulasan