PEMOTONGAN PAIP ( PIPE CUTTING ) (part 1)

PEMOTONGAN PAIP (  PIPE CUTTING ).(Part 1)


Memotong paip atau profil paip adalah satu proses industri jentera yang mengeluarkan bahan dari paip atau tiub untuk membuat profil yang diingini. Profil biasa termasuk potongan lurus, mitres, pelana dan pertengahan seksyen lubang.
Secara umum proses pemotongan, khususnya yang menggunakan bahan bakar gas terdiri dari : pemotongan secara manual dan pemotongan menggunakan mesin-mesin potong gas.
1.1. Jenis-jenis proses pemotongan
Jenis proses pemotongan terbahagi kepada beberapa jenis yang melibatkan  mesin pemotongan gas iatu samaada yang digunakan pada sektor pembuatan  untuk jumlah pemotongan yang  banyak dan untuk membuat profil (bentuk-bentuk tertentu).Proses ini lebih baik dibandingkan dengan pemotongan secara manual ( tangan ).
Antara jenis mesin pemotongan gas yang biasa digunakan adalah  :
i. Mesin pemotong gas lurus
ii. Mesin pemotong gas radial
iii. Mesin pemotong gas koordinat ( cross carriage )
1.1.1. Mesin Potong Gas Lurus ( Straight Line Tractor ) :
Mesin potong gas lurus digerakkan oleh motor yang diletakkan pada sistem dan kelajuan pemotogan dapat dilaraskan untuk setiap proses pemotongan .Ia akan tetap pada kelajuan  tersebut untuk tiap operasi. Aturan  yang baik akan menghasilkan pemotongan yang berkualiti dibandingkan dengan pemotongan secara manual ( tangan ).
i. Penggunaan mesin potong gas lurus antara lain adalah :
· Memotong lurus, sepeti : membuat plate strip.
· Persiapan sambungan kimpalan , seperti bevel V untuk sambungan temu.
ii. Kelemahan  mesin potong gas lurus adalah :
· Kurang sesuai  untuk kerja pengeluaran dalam jumlah yang besar.
· Hanya sesuai  untuk memotong lurus dan bevel
· Tidak dapat memotong dengan beberapa mata pemotongan

Mesin Potong Gas Lurus
1.1.1. Mesin Potong Gas Radial ( Radial Cutting )

Kebanyakan mesin potong gas radial dipasang terus pada lantai bengkel. Mesin ini mempunyai lengan radial yang tergantung pada batang vertikal dan digerakkan oleh motor listrik yang dapat dilaras kelajuannya Umumnya, sebuah rol magnet digunakan  untuk menentukan  (guide) pada masa opearsi  mesin mengelilingi pola yang dipasang. Rol dipasang dibahagian atas (hujung kepala pemotongan (cutting head) dan berada lurus dengan muncung pemotongan (nozzle) . Lengan radial dihasilkan untuk mampu bergerak secara universal sepanjang lengannya

i. Penggunaan mesin potong gas radial antara lain adalah:
· Untuk bahan kerja  yang berukuran ( skala ) kecil
· Dapat memotong pelbagai bentuk tidak dengan material yang tebal.
ii. Kelemahan  mesin potong jenis ini adalah :
· Ukuran profil terbatas sepanjang lengan mesin
· Hanya dapat memotong permukaan rata (flat), tidak dapat memotong miring (bevel) atau paip
· Terbatas pola, tidak dapat memotong sudut tajam
· Sukar dipindah-pindah


 Mesin Potong Gas Radial
1.1.1. Mesin Potong Gas Koordinat ( Cross Carriage )

Mesin potong gas koordinat dipakai secara meluas, kerana mesin ini sesuai untuk produk besar serta profil yang kompleks . Secara teknik mesin ini lebih maju (canggih) serta sangat lasak dalam bekerja.
Mesin potong gas koordinat mempunyai batang pembawa yang dipasang secara kuat dan bergerak sepanjang sel mesin. Muncung pemotong nozzle (cutting head) dipasang pada batang pembawa. Apapun bentuk yang diberikan akan dapat dipotong dengan pergerakan dari batang pembawa.
Ada dua jenis mesin potong gas koordinat, iaitu  “photo-electric”  atau  “computer guided
i. Penggunaan mesin potong gas koordinat adalah :
· Produk besar dapat dipasang untuk pemotong ganda ( multi )
· Untuk memotong bentuk yang kompleks (sulit) secara baik.
· Untuk memotong “multi-profil” dan bentuk yang sama

ii. Kelemahan mesin potong gas koordinat adalah :
· Harga mesin maha
· Hanya dapat memotong permukaan rata ( flat )
· Tidak dapat memotong paip
· Sukar dipindahkan-pindah

2. Proses pemotongan paip.

Memotong paip adalah satu proses memotong mana-mana paip saiz sama ada berserenjang dengan panjang atau pada sudut. Tiada had untuk diameter atau ketebalan dinding. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk mencapai matlamat ini bergantung kepada saiz dan jenis paip itu dipotong dan melibatkan kedua-dua dalaman dan luaran dipasang peralatan memotong.

2.1.  Mesin Potong Paip ( Pipe Cutting )
Ada dua jenis  mesin pemotong paip, ada yang mudah dibawa (portable) untuk memotong paip dan  mesin yang tetap, di mana biasanya mesin potong paip portable  digerakkan secara manual.
Secara umum penggunaan jenis-jenis mesin potong gas untuk paip  antara lain adalah :
i. Membentuk bevel  V untuk peredian kimpalan
ii. Membuat celah pada paip
iii. Beberapa mesin dapat memotong untuk lubang cabang paip

2.2. kelemahan mesin-mesin potong paip adalah :
i. Hanya dapat digunakan untuk bentuk lingkaran/paip
ii. Kebanyakan mesin tidak dapat memotong bentuk yang rumit
iii. Kebanyakan mesin terbatas untuk ukuran paip tertentu .

 Mesin Potong Paip “Portable”


Mesin Potong paip “Mesin Tetap”

 Mesin Potong “Mesin dan paip dapat Bergerak”


*BERSAMBUNG

RUJUKAN :

https//www.instructions / pipe cutting / 18 April 2013 / 3.37pm
https//www.furmanite / pipe cutting and weld preparing / 18 April 2013 / 3.50 pm

Catat Ulasan

0 Ulasan