LUKISAN TEKNIK DENGAN BANTUAN PERISIAN AUTOCAD (part 3)

BANTUAN PERISIAN AUTOCAD (part 3)

1.1 Lukisan polylines
Polyline adalah garisan yang disambungkan dari satu garis lurus dan juga garis lengkung didalam satu objek garisan. Anda boleh melukis garisan lurus, lengkung atau gabungan daripada kedua-dua garisan tersebut. Bagi melukis lukisan yang mempunyai banyak garisan arahan ini memerlukan anda untuk memakukan ubahan bagi membentuk segmen berganda. Sebagai contoh, anda boleh melaras kelebaran dan juga bentuk lengkung. Selepas anda melukis  polyline, anda masih lagi boleh mengubah garisan tersebut dengan menggunakan arahan PEDIT atau arahan EXPLODE untuk memecahkan garisan polyline kepada beberapa segmen seterusnya membenarkan anda mengubah bentuk tersebut.

Anda boleh:
Menukar spline- menjadi polyline atau sebaliknya
Menggunakan polylines tertutup untuk membina polygon.
Membina polyline from the boundaries of overlapping objects
1.1.1. Membina  Arc Polylines
· Apabila anda melukis  arc segments dalam bentuk  polyline, titik permulaan arc juga merupakan titik akhir bagi segmen tersebut. Anda boleh menentukan sudut, titik tengah, arah atau jejari  bentuk lengkungan tersebut. Anda dapat melengkapkan lukisan lengkungan tersebut dengan menentukan titik kedua dan juga titik akhir lengkung.
· Melukis polyline tertutup. Anda boleh melukis  polyline tertutup bagi membina bentuk polygon. Bagi menutup polyline, tentukan titik permulaan dan titik akhir side bagi objek tersebut. Taip “C” untuk close, dan tekan ENTER.
· Melukis polyline yang luas. Anda boleh melukis polylines dengan berbagai bagai ketebalan  menggunakan arahan Width dan Halfwidth. Anda boleh set garisan tersebut secara tunggal atau secara berganda.
1.1.2 Lukisan  Polygons
Polygon adalah merupakan satu bentuk yang mempunyai minimum 3 sisi dan maksimum 1024 sisi. Saiz polygon ditentukan oleh saiz jejari bulatan dimana bagi arahan inscribed dimana bucu polygon akan menyentuh pada garisan bulatan. Manakala bagi arahan circumscribed pula sisi poligons yang akan menyentuh bulatan. Oleh yang demikian terdapat perbezaan dari segi saiz walaupun anda menggunakan jejari bulatan yang sama.

1.1.2.1  Teknik penggunaan arahan polygon
Klik pada polygon icon.  Kemudian masukan bilangan sisi bagi membentuk sesebuah polygon. Contoh bagi menghasilkan pentagon memerlukan 5 sisi jadi taip 5 dan enter.  Tentukan titik permulaan lukisan dan akhir sekali masukan nilai jejari bulatan bagi membentuk pentagon tersebut.
1.1.2.2 Melukis Polygon By Specifying One Edge

· Daripada toolbar draw, pilih polygon.
· Pada kotak command line, masuk bilangan nombor sides.
· Tekan butang enter E untuk Edge.
· Tetapkan titik permulaan polygon.
· Tetapkan titik akhir polygon.

1.1.2.3. Melukis  Inscribed Polygon
· Lukis bulatan dengan jejari 50mm
· Daripada  draw menu / toolbar, pilih polygon.
· Pada command line, masukan bilangan nombor sides; taip 6
· Tentukan titik tengan polygon. Klik pada titik tengah bulatan (1)
· Tekan butang enter untuk membuat pilihan polygon inscribed in circle.
· Masukan jejari  50mm.

Rajah Incribed polygon
1.1.2.4 Melukis Circumscribed Polygon
· Lukis bulatan dengan jejari 400mm
· Daripada  draw menu / toolbar, pilih polygon.
· Pada command line, masukan bilangan nombor sides; taip 6
· Tentukan titik tengan polygon. Klik pada titik tengah bulatan (1)
· Tekan butang enter untuk membuat pilihan circumscribed about circle
· Taip C dan enter.
· Masukan jejari  50mm.

Rajah 8-4-4 Cricumscribed polygon

1.1.2.5 Lukis  Reference Points
Rajah 8-5 Icon reference points

Point objek digunakan bagi membuat kerja-kerja menanda dalam melukis.  Point digunakan bagi memudahkan kerja menyiapkan sesebuah lukisan dijalankan. Ini kerana pada satu garisan hanya terdapat tiga tanda iaitu titik permulaan, titik tengah dan titik akhir. Oleh yang demikian penggunaan point membolehkan pelukis menanda mana bahagian lain pada garisan tersebut.
1.1.3.5 Mengubah Style Of Points
Bagi menampakan lebih jelas dan memudahkan membezakan
berbanding dengan titik grid.
Menunjukan pada paparan semua titik pada objek lukisan.
Perlu  menggunakan arahan REGEN untuk mengubah supaya terang

1.1.3.6  To Set Point Style And Size
· Daripada format menu, pilih point style.
· Dalam  point style dialog box, pilih  point style.
· Pada bahagian bawah terdapat nilai saiz, tentukan saiz yang dikehandaki
· Pilih relative atau absolute.
· Klik ok
· Bagi melukis point objek.
· Daripada  draw menu, pilih icon Point
· Tentukan lokasi point.
· Anda boleh snap point tersebut menggunakan objek snap.

1.2.  Lukisan Rectangles


1.2.1. Bagaimana arahan digunakan

Bentuk segi empat terdiri daripada empat bahagian sisi. Dengan menggunakan arahan rectangles anda hanya perlu menetapkan dua titik bagi membina bentuk tersebut. Sisi bagi kedua-dua bahagi segiempat biasanaya selari samaada secara menegak dan juga melintang.  

*BERSAMBUNG

Catat Ulasan

0 Ulasan