CARRY OUT HOUSEKEEPING (Kekemasan tempat kerja)

 Kekemasan tempat kerja.

Apakah kepentingan kekemasan ditempat kerja. Disini cikgu pipe fitter terangkan kepentingan kekemasan ditempat kerja.. Selamat membaca..........




1. PENGENALAN

1.1. Tafsiran
Kekemasan termasuk menjaga bangunan, kilang, mesin-mesin dan peralatan supaya terurus dan diselenggarakan dengan betul; menjaga semua kemudahan sanitari dan kebajikan serta membersih dan mengecat dinding, siling dan kelengkapan-kelengkapan.semua bahan boleh terbakar samada pepejal, cecair atau gas.
1.2. Kesan dari Tempat Kerja yang Tidak Kemas
1.2.1. Kemalangan
· Tergelincir disebabkan lantai licin atau berminyak
· Tersandung di tempat laluan
· Tercedera daripada bahan tajam atau terjulur keluar
1.2.2. Kebakaran
· Berpunca dari sampah sarap atau bahan simpanan yang tidak tersusun
· Terperangkap semasa kebakaran berlaku
1.2.3. Kurang Pencahayaan
· Tidak ada mentol lampu/terbakar dan tidak digantikan dengan yang baru
· Kelengkapan mesin yang kotor
· Dinding yang kotor dan berwarna gelap
1.2.4. Risiko Kesihatan
· Habuk atau debu yang terkumpul dan tersebar
· Tersentuh bahan kimia yang  tidak ditutup dan terdedah
· Terdedah kepada asap eksos dan udara yang tercemar

1.3. Kebaikan dari Kekemasan Tempat Kerja
1.3.1. Kerja kurang letih (dapat menjimatkan tenaga)
· Peralatan senang dicari dan dicapai
1.3.2. Lebih banyak ruang ditempat kerja
· Bebas daripada benda/peralatan yang tidak diperlukan
1.3.3. Kerja lebih sempurna
· Lebih cekap, berturutan dan teratur
1.1.1. Menjimatkan masa
· Kurang membuang masa untuk mencari benda yang hilang
1.1.2. Seronok bekerja
· Tempat kerja yang tesusun, bersih dan kemas
· Kurang berlakunya kemalangan dan bahaya

2. KEKEMASAN PERALATAN DAN PEKAKASAN

2.1.  Bersih dan disimpan ditempat yang asal
Peralatan hendaklah dibersihkan dari kotoran dan minyak dan perlu disimpan pada tempatnya
2.2. Laporkan peralatan yang rosak
Peralatan yang rosak hendaklah dilaporkan kepada pengajar. Jangan cuba membaiki sendiri peralatan yang rosak tanpa kebenaran dan tidak berkemampuan
2.3. Penyimpanan
Asingkan bahan-bahan yang digunakan seperti  bahan kimia, bahan mudah terbakar. Setiap bahan kimia mesti mempunyai label lengkap.Tempat penyimpanan setiap bahan perlu dilabel dengan terang dan jelas. Bahan kimia yang berbahaya perlu disimpan ditempat yang berkunci
2.4. Penyelengaraan Mesin
Penyelengaraan hendaklah mengikut jadual pembersihan / penyelenggaran yang disyorkan dan ditetapkan. Rujuk buku manual daripada pembekal untuk mengetahui cara menyelengara mesin tersebut. Laporkan kepada pengajar jika ada masalah
2.5. Penyelengaraan Mesin
Penyelengaraan hendaklah mengikut jadual pembersihan/penyelenggaran yang disyorkan dan ditetapkan. Rujuk buku manual daripada pembekal untuk mengetahui cara menyelengara mesin tersebut. Laporkan kepada pengajar jika ada

3. KEKEMASAN TEMPAT KERJA / BENGKEL

3.1  Pembersihan Tempat Kerja
· Bersihkan dan Sapu sampah sarap, sawang labah-labah
· Lap dan bersihkan tumpahan minyak dilantai dan dimeja
· Sapukan dan buang sisa-sisa daripada pekerjaan seperti ‘metal filing’, serpihan kayu ditempat yang sepatutnya.
· Elakkan hazad tersandung (tripping)

3.2. Pencahayaan
· Lampu mentol/kalimantanhendaklah dibersihkan (jadual pembersihan)
· Pencahayaan yang cukup (mengikut jenis pekerjaan)
· Tidak ada bayang/tempat gelap
· Tidak ada silau dari cahaya
3.3. Susun atur Perabot dan Peralatan
· Meja tempat kerja disusun atur dan dibersihkan setiap hari selepas habis kerja
· Barang-barang yang sentiasa/selalu hendak digunakan hendaklah disimpan berdekatan tempat kerja supaya senang diambil
· Barang-barang yang jarang digunakan disimpan di tempat tetap (jauh dari tempat kerja supaya tempat kerja tidak menjadi sesak
· Kawasan kerja mestilah mempunyai susunatur yang betul dan ada ruang pergerakan yang mudah apabila berlaku  sebarang kecemasan atau kemalangan di dalam bengkal atau tempat kerja
· Segala kalengkapan keselamatan hendaklah di sediakan untuk mengelak sebarang kejadian   yang tidak di ingini berlaku seperti First Aid, Pili Bomba, Loceng Keselamatan,Tanda Amaran, Pemadam Kebakaran serta laluan utama di sediakan.

3.4 Amalan Berkualiti 5s

i) SISIH (SEIRI) - Menyisih  dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.
ii) SUSUN (SEITON) - Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya.
iii) SAPU (SEISO) - Mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di lantai, mesin dan peralatan.
iv) SERAGAM (SEIKETSU) - Seragam & memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mengamalkan sistem Seiri-Seiton-Seiso dengan berkesan.
v) SENTIASA AMAL (SHITSUKE) - Berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan berbudaya kualiti di tempat kerja.


























Catat Ulasan

0 Ulasan