Kenapa sebagai seorang pipe fitter mesti mengetahui asas amalan keselamatan diri?
Amalan keselamatan diri adalah pekara yang asas yang perlu dikuasai bagi memastikan kita selamat dalam menjalankan kerja-kerja penyambungan paip. Ini kerana kerja penyambungan paip (fit-up) adalah kerja yang mempunyai risiko yang amat tinggi mendatangkan kecederaan.
Gambar di atas jelas menunjukkan kebakaran dipelantar minyak akibat daripada kecuaian para pekerja.
Disini cikgu akan menerangkan tentang amalan keselamatan yang perlu dipelajari dahulu sebelum kita mempelajari kerja-kerja berkaitan pipe fitter.
1. PENGENALAN
Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting dan perlu dititikberatkan. Semua pihak mesti beringat dan sentiasa mengamalkan langkah keselamatan semasa bekerja terutamanya ketika mengunakan peralatan mesin. Kemalangan yang biasa berlaku di tempat kerja umumnya boleh dikelaskan kepada tiga jenis:
· Kecuaian manusia seperti tidak berhati-hati ketika bekerja dan tidak mengunakan alat keselamatan.
· Peralatan dan mesin yang digunakan dalam keadaan teratur dan rosak.
· Persekitaran tempat kerja yang kurang selamat.
Selain itu, peraturan keselamatan di dalam bengkel juga disediakan untuk menghindarkan kemalangan selain menyemai sikap tanggungjawab di kalangan pelajar. Peraturan keselamatan di dalam bengkel terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
· Peraturan Keselamatan Am.
· Peraturan Keselmatan Diri.
· Peraturan Keselamatan Alatan dan Bahan.
2. KESELAMATAN DALAM BENGKEL
2.1. Langkah yang perlu diambil untuk menjaga keselamatan dalam bengkel
· Gunakan pakaian pelindungan yang sesuai semasa bekerja.
· Gunakan semua mesin dengan cara yang betul dan cermat.
· Baca dengan teliti semua penerangan arahan dan nota amaran mesin yang sedia ada sebelum memulakan kerja.
· Perhatikan sebarang kemudahan keselamatan dan pintu kecemasan yang ada di dalam tempat kerja.
· Periksa dan pastikan kemudahan-kemudahan kecemasan mesin berada didalam keadaan yang baik dan laporkan pada pengajar anda jika terdapat kerosakan.
· Semua mesin alat dan tempat kerja hendaklah dibersihkan dengan teliti selepas menggunakannya.
· Jika mengesyaki terdapat kerosakan,sila berhenti membuat kerja dan laporkan kepada pengajar anda.
· Jangan mulakan kerja sehigga kerosakan itu ditemui dan dibaikpulih.
· Semua pelajar mestilah faham tentang langkah – langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan , kebakaran atau kecemasan.
3. KESELAMATAN DIRI SENDIRI
3.1 Pakaian Bengkel
Ini merupakan perkara utama yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar seperti :-
· Gunakan baju lengan panjang yang dibuat dari kain tebal , berbutang dan tidak berpoket , manakala seluar pula hendaklah tidak berlipat.
· Kasut hendaklah sekurang – kurangnya di buat dari getah mengelakan dari tergelincir tetapi lebih baik menggunakan kasut keselamatan.
· Gunakan pakaian khas seperti jaket pelindung, apron, sarung lengan dan sarung tangan yang dibuat dari kulit mengelakkan anggota badan dari terkena percikan arka (Sewaktu melakukan kerja mengimpal).
· Semua pakaian di atas hendaklah bersih daripada sebarang minyak, gris atau bahan lain yang mungkin memudahkan ia terbakar dan mendatangkan penyakit.
· Jangan memakai jam ,cincin ,rantai,tali leher atau sebarang benda yang mana mungkin mudah terperangkap pada mesin yang bergerak.
· Jangan membawa sebarang mancis, pemetik api dan bahan mudah terbakar yang di simpan di dalam poket. Ini akan merbahaya jika tersambar oleh percikan api.
Rajah 3.1: Pakaian keselamatan diri
4.KESELAMATAN KETIKA MENGGUNAKAN PERALATAN KETUKANGAN DAN MESIN.
Apabila bekerja dengan menggunakan mesin atau alat – alat tertentu maka berapa perkara penting haruslah dipatuhi seperti :-
4.1. Tahu aturan pengedalian sesuatu peralatan dan mesin ketika hendak menggunakannya.
· Pilih alat yang betul akan kesesuaian dengan kerja yang akan dilakukan .
· Jangan gunakan mesin atau peralatan yang belum tahu akan cara operasinya.
4.2. Pengendalian sesuatu peralatan
· Alat yang tajam mestilah dibawa matanya menghala ke bawah .
· Apabila bekerja di bahagian atas , memanjat dan meniti alat hendaklah digantung atau diletakkan di dalam bekas yang selamat
· Sebelum menggunakan alat kuasa lektrik ( power tool ) pasti ia dalam keadaan memuaskan. Jika terdapat kerosakan jangan cuba untuk diperbaiki tanpa kebenaran. Pastikan bekalan arus ke mesin diputuskan sebelum melakukan sebarang ubah suai pada mesin itu.
0 Ulasan